Pages

Tuesday, July 27, 2010

AKREDASI PISMP-MQA

TAWAU - Keputusan mengenai akreditasi kurikulum Program Sarjana Muda Pendidikan (PSMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia dijangka diketahui hujung tahun ini, kata Rektor IPG Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Haili Dolhan.

Beliau berkata, pada masa ini, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) masih menjalankan proses pengauditan ke atas kurikulum berkenaan dan maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif.

Katanya, kumpulan pertama PSMP di IPG di seluruh negara akan menamatkan kursus mereka pada tahun ini dan dijangka mula mengajar tahun hadapan.

"Proses pengakreditasian ini memerlukan satu pusingan (tamat satu sesi pengajian) baru dapat memberi akreditasi. Itu sebab kita tunggu hingga akhir tahun ini untuk mengetahui keputusannya,” katanya selepas meyampaikan diploma kepada graduan pendidikan sempena Konvokesyen IPG Tawau 2010 di sini, hari ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...