Pages

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya: RM30 000 untuk seorang


Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya atas kejayaan memenangi pingat emas Sukan SEA semalam...

Kemenangan ini suatu hadiah yang bermakna bagi rakyat Malaysia yang sememangnya rasa terhina dek tindakan 'kurang adab' daripada para penyokong lawan...

RM30 000 seorang bagi setiap pemain dan pegawai akan diberikan oleh pihak FAM sebagai hadiah kemenangan...

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Saturday, November 19, 2011

WAJIB baca: Penemuan MAYAT kaum Nabi Hud a.s



Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.


Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.


Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.

Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik

selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia".

Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.

Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.

Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.

Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.

Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.

Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.

Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .







MAHARAJA LAWAK Mega | minggu ke 4 | Persembahan Terbaik


persembahan maharaja lawak mega minggu ke 4 malam tadi memang terbaik bro..

semua kumpulan telah mula menunjukkan sengat masing2...

paling mengagumkan ialah persembahan OSBON yang tampil lebih menyengat pada malam tadi...

jom saksikan antara persembahan terbaik Maharaja Lawak Mega minggu ke-4..


BOBOI


video


OSBON


video

Wednesday, November 16, 2011

Aishwarya Rai lahir anak PEREMPUAN


NEW DELHI: Seniwati terkenal Bollywood, Aishwarya Rai melahirkan bayi perempuan pagi tadi di sebuah hospital di Mumbai.

Walaupun kehamilan bekas Ratu Dunia itu menjadi perhatian pelbagai pihak, berita kelahiran cahaya matanya itu tidak diberi liputan meluas oleh media India dan hanya tersebar melalui mesej Twitter suaminya, Abhishek Bachchan, juga pelakon Bollywood.

Sebelum ini, Persatuan Editor Penyiaran mengeluarkan memo kepada warga media agar tidak mensensasikan berita kelahiran bayi pelakon terkenal itu bagi menghormati keluarga Bachchan.
"Kini saya menjadi datuk kepada seorang bayi perempuan yang sungguh comel", tulis Amitabh Bachchan, antara pelakon paling diminti di India dan bapa mentua Aishwarya dalam blognya.

Aishwarya, 38, mendirikan rumah tangga dengan Abhishek, 36, pada 2007.
Kaki judi membuat pertaruhan berjuta-juta dolar tentang tarikh Aishwarya akan melahirkan anaknya dan ramai daripada mereka menjangka jelitawan itu akan bersalin pada 11 November lalu (11/11/11).

Kini mereka bertaruh pula tentang nama bayi itu. - BERNAMA

langit TERBELAH??..subbahanallah


http://1.bp.blogspot.com/_ziPJWp4LX_o/TBc3LDoTDqI/AAAAAAAAEpU/E6UiWFQxNEU/s400/2.JPG

Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" tiga hari lalu namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Pada kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

"Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya.

- Bernama

152 182 anak LUAR NIKAH (2008-2010)

KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.

Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).

Beliau berkata, berdasarkan kerja kes yang dijalankan pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.

“Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang bertanya mengenai jumlah anak luar nikah yang direkodkan antara 2008 dan 2010 mengikut pecahan negeri, punca dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, antara langkah diambil kementerian bagi membendung gejala itu termasuk menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Kebangsaan pada 2009, melancarkan kempen Kami Prihatin pada April 2010, menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasi PKRS bermula Julai lalu, menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang memberi maklumat berkaitan isu psikososial dan perkhidmatan Talian Nur 15999.

“Langkah ini diharap dapat membendung dan mengurangkan bilangan kes anak tak sah taraf, namun pembabitan dan komitmen semua pihak terutama ibu bapa dalam menangani isu ini amat diharapkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin mengenai tindakan terhadap pesalah sehingga melahirkan anak luar nikah, Seai Kie berkata, pasangan beragama Islam boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Persekutuan 1967, sementara tiada tindakan bagi pasangan bukan Islam.

“Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah di bawah 16 tahun (yang melakukan hubungan seksual) sama ada secara sukarela atau paksaan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dianggap sebagai jenayah rogol dan jika lelaki yang melakukan jenayah itu melebihi 18 tahun, dia boleh disabitkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya. -BH


p/s: kalau laksana HUDUD masalah ni akan dapat di atasi...152 182 tu hanya yang dpt dikesan..yg di buang berapa byk dah...tak mustahil 1hari nanti Malaysia akan dipenuhi oleh anak2 LUAR NIKAH..

SOKONG HUDUD UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA!!

Wednesday, November 9, 2011

Nikah 21 WANITA dalam 9 tahun??


JEMPOL 8 Nov. - Jika ada anugerah khas mengiktiraf lelaki beristeri ramai diwujudkan di negara ini, seorang lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai 'Shah Bunga' layak menerima anugerah itu kerana kehebatannya memiliki 21 isteri dalam tempoh sembilan tahun.

Bekas banduan dan juga penganggur itu mempunyai 18 isteri berketurunan Melayu dan tiga Siam dari Thailand yang dikahwini mengikut agama Islam dan juga Buddha.

Meskipun berkahwin sebanyak 21 kali dan ada di kalangan isterinya masih beragama Buddha, Shah Bunga tetap berusaha untuk menambah bilangan isterinya kerana menyedari mereka mampu memberi kemewahan kepadanya.

Setiap kali berkahwin baru, lelaki romeo bertubuh sasa itu tidak menceraikan isteri terdahulu sebaliknya meninggalkan mereka tanpa mengambil tahu khabar isterinya bersama anak-anak yang dilahirkan.

Shah Bunga sebenarnya mengahwini wanita terbabit semata-mata untuk menjadikan mereka pelacur dan wang hasil menjual tubuh isterinya itu digunakan untuk berjoli dan hidup mewah.

Lelaki berimej macho yang gemar memakai seluar jean dan baju singlet itu, mampu berkahwin dengan 18 wanita Islam tanpa menceraikan mereka kerana menggunakan khidmat jurunikah palsu melalui satu sindiket di Kodiang, Kedah.

Sijil nikah palsu yang dibeli dengan harga tertentu itu akan digunakan untuk mengaburi pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam semasa pemeriksaan bagi mengelak dicekup kerana bersekedudukan atau berkhalwat.

Bagi membolehkan dia berkahwin dengan tiga isteri berketurunan Siam yang dikenali semasa melancong ke Danok, Thailand pula, Shah Bunga sanggup menikahi mereka mengikut upacara pernikahan agama Buddha di negara jiran itu.

Sebelum berkahwin, dia akan melayan baik wanita terbabit sehingga mereka benar-benar jatuh cinta dan percaya terhadapnya.

Namun, selang dua tiga hari selepas bernikah, 'isteri' terbabit akan dipaksa menjadi pelacur dan bekerja dengan sekumpulan sindiket pelacuran di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Jika enggan menurut arahannya, Shah Bunga tanpa belas kasihan akan memukul dan mencederakan mangsa, malah isteri terbarunya, Julia (bukan nama sebenar) yang kini sarat mengandung tujuh bulan turut dipaksa melacur.

Julia yang dipaksa bekerja di sebuah karaoke di Bahau, Negeri Sembilan nyaris putus kedua belah telinganya akibat dipotong oleh lelaki itu yang berang apabila permintaannya supaya isterinya melayan lelaki lain ditolak.

Penderitaan ditanggung Julia berakhir pada Rabu minggu lalu, apabila diselamatkan oleh sepasukan anggota polis dari Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Gadis malang berusia 18 tahun itu berjaya diselamatkan setelah seorang kakaknya, Fifi, 29, (bukan nama sebenar) yang tinggal di Alor Setar, Kedah, menghubungi Utusan Malaysiameminta bantuan menyelamatkan adiknya itu pada awal September lalu.

Melalui maklumat disalurkan oleh Utusan Malaysia kepada polis, mangsa yang dikurung oleh Shah Bunga di sebuah rumah sewa di Taman Sornam, Bahau berjaya dikesan dan diselamatkan pada kira-kira pukul 1 pagi, Rabu lalu.

Shah Bunga yang turut ditahan dalam serbuan itu, masih direman sehingga Isnin depan, untuk siasatan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Difahamkan, semasa ditahan, Shah Bunga turut memakai dua tangkal yang dililit di pinggang dipercayai digunakan sebagai pelindung dan pemikat gadis-gadis yang dijadikan mangsanya.

Lelaki berasal dari Jitra, Kedah itu didapati mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah).

Dia juga pernah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh tetapi bernasib baik apabila gagal disabitkan kesalahan dan dibebaskan oleh mahkamah pada 31 Januari tahun ini.


Thursday, November 3, 2011

RM85 RIBU untuk THE RED WARRIORS


http://1.bp.blogspot.com/-uAbOD3g3JzI/ThBAzmiqTjI/AAAAAAAAASw/ePt9CA-KkBU/s1600/tahniah+red+warriors.jpg


KOTA BHARU, 3 Nov
: Di atas keperihatinan serta sokongan penuh kepada pasukan bolasepak Kelantan, kerajaan negeri hari ini memberikan RM85 ribu untuk diagihkan kepada semua pemain dan pengurusan The Red Warriors.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir exco negeri Abdul Fattah Mahmood dan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman di jamuan makan meraikan pemain hari ini.

Sementara itu rombongan The Red Warriors pula diketuai oleh Pengurus Pasukan yang juga Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO ketika menyampaikan ucapan berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau perjalanan pasukan The Red Warriors.

Walaupun tahun ini gagal ke final Piala Malaysia, namun kejayaan memiliki dua piala iaitu Piala Presiden dan Piala Liga Super sudah cukup memberangsangkan.

“Saya berharap pemain yang menerima sumbangan ini menjadikannya sebagai perangsang untuk meneruskan perjuangan dalam musim akan datang”ujar beliau.

Abdul Fattah juga berkata sebelum ini kerajaan hanya bercadang untuk memberi RM60 ribu tetapi di atas keperihatinan Menteri Besar Tuan Guru , peruntukkan tersebut ditambah menjadi RM84 ribu dan sumbangan peribadi sebanyak RM1 ribu dari Tuan Guru disumbangkan kepada tabung kebajikan pemain.

Sementara itu Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya menyertai sukan atau dikenali sebagai Riadah.

Dalam Islam, kita boleh lakukan apa sahaja namun ia ada batas-batas tersendiri dan dalam bersukan juga ada batasannya,oleh itu saya berharap pemain The Red Warriors ini sentiasa mematuhi kehendak agama agar tidak terjerumus dalam perkara yang tidak elok”ujar beliau.

Nik Aziz juga mengimbau kembali yang beliau pernah bermain bolasepak di zaman era penjajahan Jepun lagi dan sehingga kini kenangan tersebut masih segar.

“ Saya amat meminati sukan bola sepak ni, sebab tu saya sanggup hadir menonton sendiri perlawanan di peringkat akhir ketika Kelantan layak dulu” ujar beliau.

Bagi Pengurus pasukan The Red Warriors, Azman Ibrahim pula ketika ditemui berkata sumbangan kerajaan negeri kepada pemain ini adalah satu lagi tanda keperihatinan kerajaan kepada sukan bolasepak Kelantan.

“Saya yakin dengan sumbangan yang pemain terima hari ini, mereka akan lebih bersemangat lagi pada musim hadapan dan diharapkan kerajaan akan sentiasa menyalurkan pelbagai bantuan demi pembangunan sukan bolasepak negeri ini,” katanya. -Hrkh



p/s: bangga dengan kerajaan negeri kelantan, walaupun xmng piala malaysia tp imbuhan utk pemain ttp dberi..ade negeri lain tu sampai la ni xbg pape lg walaupun ade mng piala2 lain hehehe

RAKYAT desak NAJIB saman AKHBAR AUSTRALIA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

NONEJusteru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Berita itu kemudiannya dipetik oleh para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily.

NONESelain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Akhbar Australia itu melaporkan bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.-MKini


p/s: betul la tu rosma xbeli brg kemas..najib xtipu..sbp rosma beli mutiara mane sme hahaha

Mufti Tegur APEK


http://3.bp.blogspot.com/_f8MdeTqJ6vg/R7m7fwEU1cI/AAAAAAAAAEo/bvWPmuAVSlw/s320/DATO+MUFTI+KELANTAN+3.jpg


KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga gol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu. -hm

Mungkin ini SEBAB Khairul Fahmi Di LUCUT Capten

http://andyhowtt.com/wp-content/uploads/2011/11/pix_gal0.jpg

KOTA BHARU: “Saya tak sentuh benda itu (arak). Muka saya merah kerana suasana dalam tu (pesta hari jadi) panas, ditambah pula dengan keadaan sesak dengan orang ramai.”

Itu kata penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau Apek mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya selepas tersebar dua gambar di laman portal hiburan tempatan dengan satu daripadanya memaparkan beberapa wanita dengan botol arak di atas meja.


Menerusi gambar dipaparkan dalam portal hiburan itu, Apek duduk di sebelah Dahlia Teck serta rakan-rakannya yang berpenampilan seksi dalam satu pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Walaupun wajah Apek tidak kelihatan pada gambar kedua, kehadirannya pada majlis itu menyebabkan peminat mengesyaki kemungkinan dia mengambil minuman keras kerana turut berada di lokasi sama.


Portal itu turut menyiarkan nasihat kepada Apek kerana tidak mahu kerjayanya yang sedang berada di kemuncak, merudum disebabkan gosip kurang menyenangkan itu, selain gambar botol arak yang berada di depan, seelok-eloknya dipindahkan terlebih dulu.


Difahamkan, dua gambar berkenaan dikirimkan seorang pembaca menerusi e-mel sebelum ia tersebar.

Mengulas lanjut mengenai gambar itu, Apek berkata, dia tidak tahu siapa merakam gambar berkenaan.


“Dalam majlis itu itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga orang yang saya langsung tidak kenal. Jadi saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar berkenaan.

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan seorang rakan, saya pun terkejut. Tetapi ingin saya tegaskan bahawa saya tiada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dalam gambar,” katanya yang dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.


Menurutnya, sebagai individu dikenali, dirinya sentiasa menjadi perhatian umum, selain ada yang mahu bergambar dengannya.


“Ke mana saya pergi, pasti akan bertemu dengan peminat yang mahu merakamkan gambar dan itulah situasi pada majlis berkenaan apabila ada yang ingin bergambar dengan saya.


Bagaimanapun, Apek berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana tidak mahu ia menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011 di Indonesia.


“Saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea dan tidak mahu terlalu memikirkannya kerana dah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan berikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut,” katanya.


p/s: TAHNIAH kepada Badrul Bakhtiar yang dipilih sebagai CAPTEN pasukan kebangsaan bagi SUKAN SEA Palembang

Tuesday, November 1, 2011

Suara


jom layan (=^_^=)


video

IPGM | nota ringkas | Pentaksiran Matematik | Ujian Diagnostik


Nota Ujian Diagnostik

lengkap dan padat....

selamat belajar :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...