Pages

Sunday, October 30, 2011

Pakcik KFC ada ISTERI???


Tahniah diucapkan kepada Pakcik KFC ni...

Rupa-rupanya Pakcik KFC ni dah pun ada isteri la hahaha...

xpercaya?? tengok gambar bawah ni...




Sebenarnya gambar sebelah Pakcik KFC tu ialah Ji'a'po yang merupakan sebuah kedai makan di China...

Ji'a'po amat popular di China sejak ditubuhkan pada tahun 2007...

Jom kita tengok gambar Pakcik KFC ni yang sebenar hehehe....





Kisah Tuan Guru Dato' Harun | Mimpi Bertemu Nabi Muhammad


Terharu dan sebak mendengar kisah Tuan Guru Dato' Harun Din bermimpi bertemu Rasulullah...

Jom kita dengar dan hayati serba sedikit kisah Tuan Guru Dato' Harun Din bermimpi bertemu Rasulullah...

Maaf atas audio yang kurang jelas..

Terima Kasih Kepada LAMAN NUR..



IPGM | nota ringkas | Pentaksiran Matematik


http://vincentloy.files.wordpress.com/2010/11/test_taking.gif

diam tak diam peperiksaan akhir semester sudah semakin menjelma...

aku mengerti bahawa dengan sesungguhnya rakan-rakan aku semua belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini especialy dzuandiey hahaha...

gurau-gurau ae hahaha...

ok..untuk dapatkan NOTA RINGKAS Pentaksiran Matematik, sila klik bawah laju2 hehehe...
.
.
.
.
.
(=^_^=)


Saturday, October 29, 2011

EPL | Arsenal VS Chelsea | Live Streaming (29/10/2011)


live streaming Arsenal VS Chelsea..
.
.
.

link 1

link 2

EPL | Manchester United VS Everton | Live Streaming (29/10/2011)


setelah kekalahan yang memalukan pada minggu lepas...

Manchester United pastinya mahu bangkit pada pertemuan dengan Everton petang ini..

jom saksikan live streaming Manchester United VS Everton..

klik laju2 untuk saksikan hehehe...
.
.
.
.

link 1

link 2

link 3



p/s: sembahyang gorib dlu boh b4 tengok hehehe

Aziz Bari dapat 'Hadiah' peluru hidup


http://4.bp.blogspot.com/-oCDSufSMeg4/TlUFsHdICOI/AAAAAAAAHxA/GPYBXJjLYI8/s1600/1.jpg

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis:

"Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.


PANAS | Lu Fikir La Sendiri...





jom2 tengok atas ni...

lu ada mata lu tengok...

lu ada telinga lu dengar...

lu ada otak..LU FIKIR LA SENDIRI..

terbaik bro.. ;)

Piala Malaysia | perlawanan akhir | TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN



Paling best hari ni semua akhbar memainkan isu-isu menarik bagi 'memanaskan' lagi suasana perlawanan akhir piala Malaysia antara pasukan Terengganu VS N.Sembilan...

Jom kita tengok tajuk2 akhbar yang menarik pada hari ini...

klik laju2 kalau nak baca hehehe...


H.Metro

1. Defisit hanya 1GOL ??

2. Syukor enggan KECEWA lagi

3. Azzrai tak TAKOT sep Nelang

4. Manaf ingat pesan AYAH



Kosmo

1. Marzuki nak RANTAI Hai-O

2. AWAS Tandukan Hai-O

3. NorHafiz nak kucup Piala Malaysia

4. Trio A sedia AMUK..yea..yea..

5. AWAS '2 Abdu' ??


MAHARAJA LAWAK Mega | minggu pertama | Persembahan Terbaik


memang terbaik bro Maha Raja Lawak Mega Minggu pertama malam tadi...

walaupun ada beberapa kumpulan yang belum menyengat, tetapi pada keseluruhannya persembahan pada malam tadi tidak menghampakan..

Kejutan dalam Maha Raja Lawak Mega kali ialah juri2 yang jika difikirkan tidak masuk akan seperti chef wan, Dato CT, Imran ajmain dan paling xlogik Zainal Abidin pemain bola sepak tu pu jadi juri hahaha...

jom kita tengok dua kumpulan yang terbaik bro hehehe...


1) boboi





2) BP


Friday, October 28, 2011

MAHARAJA LAWAK Mega | minggu pertama


http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2011/10/Maharaja-Lawak-Mega-2.jpg

malam ini akan bermulalah MahaRAJA lawak mega..

macam hebat je hehehe..

tp boleh ke otai2 lawak ni trima teguran pengritik???

jom kita tengok peserta2 MahaRaja Lawak mega musim pertama ini...


SENARAI PESERTA

Berkumpulan:
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)


Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid





Tiket Percuma | Perlawanan Persahabatan | Malaysia VS Laos


http://2.bp.blogspot.com/-bCje_bzhCBU/TYzHdJyDbPI/AAAAAAAAAUg/IcGDRx2m7oQ/s400/182035_1600484208261_1120720687_31298178_6636822_n.jpg

SELEPAS teruk dikritik kerana menaikkan harga tiket final Piala Malaysia sehingga RM50, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba untuk ‘menyejukkan’ hati peminat bola sepak tanah air apabila membenarkan mereka masuk secara percuma menyaksikan perlawanan persahabatan skuad bawah 23 tahun negara menentang Laos di Stadium Shah Alam, Ahad ini, jam 4.45 petang.

Keputusan FAM itu pastinya akan disambut baik Ultras Malaya yang sebelum ini merungut kerana badan induk bola sepak tanah air itu mengenakan tiket RM20 bagi menyaksikan perlawanan skuad muda negara menentang Nepal dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 15 Oktober lalu.


Ketika ditanya apakah alasan di sebalik sifat ‘bermurah hati’ FAM kali ini, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, pihaknya sentiasa cuba membantu meringankan beban penyokong tempatan jika mampu berbuat demikian.

“Jika boleh, kami bagi masuk percuma, kami akan bagi. FAM akan cuba memberi keutamaan kepada penyokong bola sepak Malaysia,” katanya. ketika dihubungi Arena Metro semalam.


Sementara itu jurulatih negara, Ong Kim Swee menyambut baik keputusan FAM yang membenarkan penyokong Malaysia masuk secara percuma untuk memberi sokongan kepada anak buahnya menentang skuad bawah 23 tahun Laos.


FAM 'Pembunuh' ??


http://mrbadak.com/wp-content/images/2008/Feb/fam_fake_logo.jpg

FAM membuktikan 'kehebatan' mereka sebagai badan induk yang tidak boleh ditegur...

Tindak-tanduk FAM kebelakangan ini dilihat mampu membunuh semangat bola sepak yang kian membara di Malaysia...

Kenaikan harga tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang 'melampau' dengan alasan yang tidak masuk akal membangkitkan kemarahan kedua-dua penyokong...

Jika teguran MENTERI pun tidak di endah oleh FAM, tidak mustahil selepas ini mana-mana pasukan atau jurulatih yang menegur badan induk itu akan digantung seumur hidup hahaha...

FAM perlu ingat bahawa rakyat dan penyokong sekarang semakin bijak..

oleh sebab yang demikian, segala keputusan yang hendak dibuat oleh FAM perlulah dengan alasan yang kuat bukan dengan alasan bagi 'budak-budak sekolah'...

Segala keputusan yang ingin dibuat haruslah keputusan yang dapat meningkatkan lagi semangat dan mutu bola sepak tanah air bukan sebagai 'pembunuh' secara senyap..



p/s: time final piala malaysia FAM kata nak guna duit tiket untuk bayar macam2...tp berita arini tiket free pulak dapat untuk perlawana Malaysia Vs Laos.. ade duit ke FAM nak byr semue??? hehe

Friday, October 21, 2011

live streming: Kuliah Mingguan Tok Guru Nik Aziz di Medan Ilmu


bagi anak-anak kelantan yang berada di perantauan...

kini anda boleh menonton live streaming Kuliah Mingguan Tuan Guru Nik Aziz...

setiap hari jumaat jam 9.30am...

klik sini laju2 untuk menonton....

Wednesday, October 19, 2011

EPL | Manchester United VS Manchester City | NAJIB ajak tonton bersama??

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini.

Najib dalam laman webnya, www.1malaysia.com.my berkata, mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.

Beliau yang juga penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga jam 5 petang esok.

"Selepas menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Oktober.

"Inilah masanya untuk saya 'lepak' bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter," katanya

Sunday, October 16, 2011

Tandas JAKARTA terkotor di ASIA??


http://pinknpurplelizard.com/blog/wp-content/uploads/2009/11/toilet-cat.jpg

JAKARTA: Tandas di Indonesia dikategorikan sebagai tandas paling kotor di Asia, lapor satu kajian Pertubuhani Tandas Sedunia (WTO).
Organisasi itu meletakkan Indonesia di tangga ke-12 di kalangan 18 negara Asia yang diadili untuk tandas yang paling kotor.
“Kami mempunyai tandas yang paling teruk berbanding negara Asia Tenggara lain,” kata pengasas Persatuan Tandas Indonesia (ATI) Naning Adiwoso.

“Walaupun kedudukan kami lebih baik daripada Vietnam tetapi kita jauh lebih teruk berbanding Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand,” katanya.

Naning berkata kedudukan itu ditentukan WTO berdasarkan jumlah kuman ditemui di tandas yang diperiksa secara rawak setiap negara.

Naning berkata sekurang-kurangnya, 80 juta kuman ditemui dalam satu tandas dan kuman itu boleh membawa kepada penyakit berjangkit seperti demam kepialu.
Beliau menegaskan bahawa amalan mengepam tandas tidak mampu memusnahkan kuman, malah pembersihan dan sanitasi berterusan diperlukan.

“Pendidikan dalam keluarga memainkan peranan penting kerana ramai yang menganggap tandas kurang penting, justeru mereka membuang air besar atau kecil di sungai atau di tempat terbuka,” katanya.

Beliau berkata dengan peningkatan penduduk, negara itu memerlukan jumlah tandas awam yang banyak.

ATI ditubuhkan 10 tahun lalu dengan sasaran mendidik rakyat Indonesia mengenai keperluan untuk mengamalkan kebersihan tandas. Organisasi itu akan mengadakan acara sebagai menyambut Hari Tandas Sedunia pada 19 November.

Friday, October 14, 2011

Sultan Kedah Yang di-Pertuan Agong BARU !!


http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/imej/sultankedaH_siap1.jpg

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini.


TAHNIAH RAKYAT KEDAH...

Kelantan diGOMO>>


adoii...

kelantan ketinggalan 0-2 dengan terengganu..

walaupun menguasai perlawanan tetapi gol yang dicari masih tidak dapat dijaringkan...

dua percubaan yang terkena tiang dan palang gol dan satu jaringan yang dikatakan ofside menghalang lagi kebangkitan kelanatan...

masih ade 45min lg...

xpe kelate leh buat mula tu hehehe...

good luck...

Piala Malaysia | suku akhir ke 2 | KELANTAN Vs Terengganu


gomo kelate gomo...

malam ni sep nelang akan digomo oleh sep debey hehehe...

kalau xmenang malam ni alamat terbakar la stadium hahahaha...

bagi memastikan keselamatan diri terjamin, malam ni ambo dop g stadium la...

tengok depan tv pn jadi hehehe...

untuk siapa2 yang nak tengok live streaming Kelantan VS Terengganu...

Inshallah link akan diberikan sebelum sepak mula...

new link 1





http://www.chiefacoins.com/Database/Micro-Nations/KelantanFlag.png



p/s: mmm macam susoh jah nk menang hehehe..pe2 pn GOMO KELATE GOMO!!

TAZKIRAH: Ustaz Azhar Idrus | Petua Mencari Jodoh ;)


susah sangat ke nak kawen ni???

mmm..no comment...hehehe

tapi ustaz azhar ada jawapanya....

klik laju2 kalo nak tengok hehehe....

.
.
.
.
.
.
.
,



ROONEY digantung 3 perlawanan...


NYON: Penyerang England, Wayne Rooney digantung tiga perlawanan UEFA selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Montenegro sekali gus menyebabkannya tidak dapat beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan Euro 2012.

Rooney, bintang Manchester United diperintah keluar padang pada minit ke-74 ketika seri 2-2 di Podgorica Jumaat lalu pada perlawanan kelayakan terakhir England yang menyaksikan dia mengasari Miodrag Dzudovic.

"Badan Kawalan dan Disiplin UEFA mengenakan penggantungan tiga perlawanan ke atas penyerang England, Wayne Rooney selepas dibuang padang ketika perlawanan kelayakan Euro 2012 UEFA di Montenegro Jumaat lalu," kata UEFA dalam kenyataan.

Wednesday, October 12, 2011

TAZKIRAH: Ustaz Azhar Idrus | Permasalahan Agama 4 | Hukum Letak Gambar di FACEBOOK


apa hukum kita letak gambar di Facebook??

HARAM ke???

jom kita klik laju2 video kat bawah ni untuk dapatkan jawapannya...

.
.
.
.
.
.
.


Tuesday, October 11, 2011

Kenapa PM berada ni PERTH pada 31 OGOS???


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.



p/s: mmmm...sebagai rakyat aku terfikir macam mana pemimpim no1 negara berada di luar negara pada hari kemerdekaan MALAYSIA...

Q1: adakah sebab Malaysia xpernah dijajah spr kata zainal keling????

Q2: mungkin adalah sebab tahun ni kita xsambut hari merdeka tp hari Malaysia???

or

Q3: 31OGOS dah xde makna lg bagi RAKYAT Malaysia???


jom fikir2 kn hehehe...

Free TV online | Free TV1, TV2, TV3, ESPN


Bagi membantu rakan2 yang tidak ada tv dirumah...

Bermula dari hari ini masalah anda akan diselesaikan...

just klik kat bawah ni laju2 untuk menonton....


free TV1

free TV2

free TV3

free ESPN

untuk channel2 lain klik sini laju2...

selamat menonton...

Bil Streamyx dan UniFi NAIK???


hangat hanagt...

ni berita yang aku baru dapat n maybe ramai yang xtau lagi...

mulai 1hb JAN 2012 bil bagi Streamyx n Unifi akan naik...

tapi yang peliknya xde pn berita pasal pengumuman benda ni kat surat khabar or tv...

ke sbp nak RAHSIAKAN dari pengguna???


jom dengar sini pe pegawai TM ni cakap:








p/s: sapa2 ada terjumpa keratan akhbar or rakaman tv pasl kerajaan ade wat pengumuman mcm pgawai TM tu cakp???Align Center

ARTIS: Ahmad Jais Meninggal Dunia


Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

NONEMenantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Monday, October 10, 2011

Tak Cukup TIDUR boleh MATI???


LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.

Agensi

P/s: kepada blogger2..pastikan tdo ckup jgn asyk BW je hehehe..

Sunday, October 9, 2011

Enot akui KESILAPAN..



Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP

mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada

pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian , Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu.

Thursday, October 6, 2011

ARTIS: Lebih Baik Diam | Jangan Datangkan Kemurkaan


Soalan ini tidak sepatutnya ditanya kerana jelas orang Islam wajib melaksanakan hudud bertepatan dengan kehendak Allah dan Islam. Kita berasa pelik kerana editor akhbar ini boleh melepaskan artikel yang sudah pasti menggoncang akidah baik orang yang bertanya ataupun orang yang menjawab.

Kalau anda perhatikan, jawapan yang diberikan oleh artis-artis itu walaupun tidak menolak hudud sepenuhnya, namun menyerlahkan kejahilan mereka, baik yang bertudung litup, mahupun yang sudah di penghujung usia.
Cuba baca komen Datuk Aziz Satar, "...mereka boleh laksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka..."

Lagi menyedih-melucukan apabila Enot dengan yakinnya mengatakan "Memang zaman dahulu orang Islam menbgamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, HUKUMAN SULA akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang, ia tidak lagi sesuai...". Apalah bingainya artis ini? Sudah jahil, menfitnah pula hukum Allah. Sejak bila HUKUMAN SULA dikategorikan sebagai hukum hudud?

Apakah hukum orang Islam yang memperlekeh atau merendahkan atau tidak yakin akan hukum Allah? Anda yang celik ilmu dan hati sudah tentu mengetahui jawapannya!-DCM

P/s: Hudud bukan sahaja perlu dijelaskan kepada orang bukan Islam, malah perlu diterangkan kepada orang Islam yang rata-ratanya masih jahil tentang hukum Allah yang penuh dengan hikmah dan pengajaran itu.

Wardina Tegur Artis Lain Tentang Hukum Hudud

Wardina Safiyyah menegur kawan-kawan artis nya yang lain mengenai isu hudud yang boleh dikatakan panas dalam berita semasa sejak akhir-akhir ini. Teguran itu juga ditujukan kepada wartawan-wartawan yang lain. Betul juga katanya, baik berdiam diri jika kita tiada ilmu yang cukup.
busuk.org
Artis-artis muda dan yang dah hingga hujung nyawa semua tu patut malu dengan pelajar Kristian yang komen pasal hudud ni. Bandingkanlah sendiri. Kata-kata dia lebih berakal dan berilmu. Malu weyh!

solihinzubir

Wednesday, October 5, 2011

Kawen Awal???


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


sumber: sharul.com


Malaysia Pernah Dijajah-TPM | Zainal Keling Perlu Letak Jawatan


Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

NONEMuhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.

"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.

"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.

"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).

"Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar.

Oleh sebab yang demikian, dengan rasa malu kepada RAKYAT MALAYSIA, Prof Zainal Keling dan sorang lagi prof harus letak jawatan sebagai profesor dan pakar sejarah...


p/s: kesian kat calon2 PMR n SPM tahun ni, mst keliru time nak jawab soalan sejarah nnt hehehe...

Renungan Yang Mudah


http://1.bp.blogspot.com/-u62HlL9JLXc/TosugPT96RI/AAAAAAAAAmc/3mMJG-Cc0Jg/s1600/abc.jpg

iPhone 4S | Bukan iPhone 5





SAN FRANCISCO: Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.

Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi', tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru - iPhone 5 - seperti yang dinanti-nantikan.


klik sini kalo nak tengok ciri2 iPhone 4S


PMR 2011 | Ragam 1 PMR 2011 | Guru Tuliskan Jawapan Murid


http://4.bp.blogspot.com/_GdOAllkpOrI/S8pCq5yUuKI/AAAAAAAAB5I/3bBKsAQ6bWY/s1600/teacher+ed.gif

ALOR SETAR: Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR), di sini, terpaksa menjawab soalan ‘berwakilkan’ seorang guru atau pengawas peperiksaan selepas dia tidak mampu menjawab soalan kerana patah tangan kanan akibat kemalangan jalan raya.

Pelajar terbabit, Nor Amira Mohd Fisol, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langgar, di sini, antara sembilan pelajar daripada 39,143 calon PMR di negeri ini yang terpaksa menduduki peperiksaan itu yang bermula semalam di hospital.


Berbanding pelajar lain, Nor Amira terpaksa mengambil peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dalam bilik khas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, dengan ditemani seorang guru kerana tidak boleh menulis akibat kecederaan itu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat berkata, mengikut prosedur bagi kertas objektif, Nor Amira yang patah tangan kanan akibat kemalangan motosikal, pelajar memberitahu pengawas (guru) jawapan mereka sebelum ditanda guru berkenaan. “Bagi kertas penulisan atau subjektif, jawapan mereka dirakam sebelum ditulis semula guru berkenaan dan jawapan mereka akan dihantar dalam bentuk tulisan dan rakaman ke Lembaga Peperiksaan untuk dinilai seperti biasa,” katanya di sini, semalam. Selain Nor Amira, empat lagi calon yang terpaksa mengambil peperiksaan itu di HSB ialah Muzammil Azizan, Noraini Abdul Razak, Nurul Anis Zakaria dan Mohd Syamil Abdul Hamid.


Selain HSB, dua lagi calon menduduki PMR di Hospital Kulim dan Hospital Jitra manakala dua lagi di Hospital Pulau Pinang.


Sementara itu, kakak Noraini, Noriza Abdul Razak, 18, ketika ditemui berkata, dia dan keluarga bergilir-gilir menjaga Noraini lebih sebulan lalu sejak dimasukkan ke HSB akibat sakit buah pinggang. “Dalam sebulan ini, kami membawa buku rujukan dan buku latihan ke hospital untuk membantu adik mengulangkaji sementara menunggu peperiksaan. Dia bersemangat mengambil peperiksaan dan saya harap dia berjaya mencapai apa yang diinginkan,” katanya.


Tuesday, October 4, 2011

Belanjawan 2012 | Kesejahteraan Untuk Semua


KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.

Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.

Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

- Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

- Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

- Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

- Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

- Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.


Pembelaan rakyat terbanyak


Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.


Mengembalikan martabat rakyat

a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.


p/s: xsbr nk tggu pembentangan Jumaat ni hehehe

Monday, October 3, 2011

TAZKIRAH: Ustaz Azhar Idrus | Permasalahan Agama 2 | Hukum Lukis Inai Di Tangan


Masa kini kita sering lihat ramai org2 Islam yang tiru budaya dan adat dr masyarakat dan kaum lain...

Apa hukumnya??

Jom kita tengok apa Ustaz Azhar cakap mengenai hukum MELUKIS INAI DI TANGAN..



Align Center

Sunday, October 2, 2011

Permohonan Tingkatan 4 2012 | Kolej Vokasional | SM Teknik | SM Vokasional


Untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PMR pada minggu ini, selamat menduduki peperiksaan PMR..

semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang..

Untuk makluman calon PMR, permohonan ke Tingkatan 4 bagi Kolej Vokasional, SM Vokasional dan SM Teknik telah dibuka..

klik sini untuk mendapat maklumat lanjut..


MAKLUMAT BAGI PEMOHON:

1. Syarat Memohon

2. Senarai Kursus

3. Senarai Sekolah

4. Borang Permohonan

5. klik sini untuk permohonan online


maklumat tambahan:

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.


TAZKIRAH: Ustaz Azhar Idrus | Permasalahan Agama 1 |Wanita


cara berpakian




hukum pakai stokin

EPL | Tottenham VS Arsenal | Live Streaming (2/10/2011)


Perlawanan tumpuan pada minggu ini...

Tottenham VS Arsenal (11mlm)...

Live Streaming:

new link

Link 1

Link 2

Link 3


p/s: link akan diberikan 30minit sebelum perlawanan

Saturday, October 1, 2011

EPL | Manchester United VS Norwich City | Live Streaming (1/10/2011)




live streaming Manchester United VS Norwich City:

link 1

link 2

link 3

link 4

EPL | Liverpool VS Evertoon | Live Streaming (1/10/2011)



Liverpool VS Evertoon..

klik untuk saksikan live streaming...

link 1

link 2

link 3

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan juga di IPTS

berita panas aku baru dapat...

korang bace sendiri..ish2 teruk2..pe nk jd aku pn xtau...

klik bawah laju2 kalo nak tahu cerita sebenar...

mengerikan...

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan juga di IPTS

Cerita Panas| Pesanan Untuk WANITA!!


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.... Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama,
Kedua,
Ketiga,


Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

REVIEW: Maths Crew | piweeteacher


salam...kali ni aku akan review rakan-rakan blogger yang terdiri daripada budak2 kelas aku...

untuk pengetahuan, mejority budak kelas aku ade blog sendiri...

ni mesti tepengaruh dengan dua jejaka yang cantik ni G1 n G2 hahaha...


ok, blog pertama: piweeteacher


nama sebanarnya dia SYAZWAN (aku sebut sbp kat blog die ade bg tau hehehe)..

ok, blog die ni mmg blog cikgu sbp banyak input2 ilmiah yang korang leh dapat kat blog ni...

kalo sape2 nak ajar anak or adik matematik, korang leh bace blog piweeteacher ni sbp die ade cerita program2 yang die penah buat untuk bantuk murid2 master in maths....

yang penting die ni kawan praktikum aku hahaha...

jom kita tengok ckt gambar2 piweeteacher ni hehehe....


muke lapo hahaha...


muke kenyang meme gni hahaha...


kalo die angkat ketiak mmg confem ramai wanita tepikat hahaha..


ha?? gosip2 hahaha...


yang paling hangat...korang kne tengok ni betol2...

die ni ade iras ZED ZAIDI ke??? hahaha













EPL| Manchester United | Carrick Yakin United Bangkit


MANCHESTER: Michael Carrick yakin kejutan dialami Manchester United ketika seri 3-3 dengan FC Basel pada saingan Liga Juara-Juara akan membuatkan pemain kelab itu memandang serius cabaran Norwich dalam saingan Liga Perdana di Old Trafford.

Sebelum perlawanan malam ini, United seri dua perlawanan berturut-turut masing-masing dengan Stoke dan Basel.


Hingga kini, anak didik Sir Alex Ferguson yang mempamerkan aksi mengecewakan ketika menentang Potteries masih belum dapat mencari punca masalah yang sepatutnya diatasi pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang wakil Switzerland, Basel.

United mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 dan bernasib baik apabila Ashley Young berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan.


Meskipun bersyukur berjaya mengelak kekalahan, pemain tengah England, Carrick yakin mereka hanya perlu kembali fokus sebagai sebuah pasukan juara ketika berkunjung ke Canaries.


“Memang mengejutkan selepas mendahului 2-0, kemudian hampir tewas,” kata Carrick. “Saya tak dapat ingat insiden seperti itu berlaku kepada kami. Tapi kami yang bersalah kerana mempersia-siakan kelebihan.

“Saya pasti ia hanya berlaku sekali dan kami akan bangkit. Keputusan itu menyedarkan kami.


“Kami yakin mampu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan kerana kerap mencipta peluang. Tapi kami juga sedar nasib tidak akan sentiasa menyebelahi kami di masa akan datang dan pengalaman ini menjadi pengajaran untuk perlawanan menentang Norwich.” Danny Welbeck yang tersenarai sebagai penyerang pertama dilahirkan United menjaringkan gol di Eropah dalam tempoh 40 tahun selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Basel gembira kerana peluang yang diberikan Ferguson.

“Pengurus dari semasa ke semasa sedia memberi peluang kepada pemain tempatan tetapi terpulang kepada individu terbabit sama ada mahu menggunakan peluang itu dengan baik atau tidak. Saya harap saya menggunakannya dengan baik,” kata Welbeck.


“Saya harap apa yang saya lakukan cukup untuk memperoleh peluang beraksi menentang Norwich.” Welbeck dijangka kekal dalam kesebelasan kerana Wayne Rooney mengalami kecederaan hamstring manakala Javier Hernandez pula belum cergas. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...