Pages

Saturday, October 1, 2011

EPL| Manchester United | Carrick Yakin United Bangkit


MANCHESTER: Michael Carrick yakin kejutan dialami Manchester United ketika seri 3-3 dengan FC Basel pada saingan Liga Juara-Juara akan membuatkan pemain kelab itu memandang serius cabaran Norwich dalam saingan Liga Perdana di Old Trafford.

Sebelum perlawanan malam ini, United seri dua perlawanan berturut-turut masing-masing dengan Stoke dan Basel.


Hingga kini, anak didik Sir Alex Ferguson yang mempamerkan aksi mengecewakan ketika menentang Potteries masih belum dapat mencari punca masalah yang sepatutnya diatasi pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang wakil Switzerland, Basel.

United mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 dan bernasib baik apabila Ashley Young berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan.


Meskipun bersyukur berjaya mengelak kekalahan, pemain tengah England, Carrick yakin mereka hanya perlu kembali fokus sebagai sebuah pasukan juara ketika berkunjung ke Canaries.


“Memang mengejutkan selepas mendahului 2-0, kemudian hampir tewas,” kata Carrick. “Saya tak dapat ingat insiden seperti itu berlaku kepada kami. Tapi kami yang bersalah kerana mempersia-siakan kelebihan.

“Saya pasti ia hanya berlaku sekali dan kami akan bangkit. Keputusan itu menyedarkan kami.


“Kami yakin mampu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan kerana kerap mencipta peluang. Tapi kami juga sedar nasib tidak akan sentiasa menyebelahi kami di masa akan datang dan pengalaman ini menjadi pengajaran untuk perlawanan menentang Norwich.” Danny Welbeck yang tersenarai sebagai penyerang pertama dilahirkan United menjaringkan gol di Eropah dalam tempoh 40 tahun selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Basel gembira kerana peluang yang diberikan Ferguson.

“Pengurus dari semasa ke semasa sedia memberi peluang kepada pemain tempatan tetapi terpulang kepada individu terbabit sama ada mahu menggunakan peluang itu dengan baik atau tidak. Saya harap saya menggunakannya dengan baik,” kata Welbeck.


“Saya harap apa yang saya lakukan cukup untuk memperoleh peluang beraksi menentang Norwich.” Welbeck dijangka kekal dalam kesebelasan kerana Wayne Rooney mengalami kecederaan hamstring manakala Javier Hernandez pula belum cergas. - AFP

2 comments:

  1. Malam ni menang lawan norwich city.. glory glory man u. :D

    ReplyDelete

kunjungan semula akan dilakukan..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...