Pages

Thursday, November 3, 2011

Mungkin ini SEBAB Khairul Fahmi Di LUCUT Capten

http://andyhowtt.com/wp-content/uploads/2011/11/pix_gal0.jpg

KOTA BHARU: “Saya tak sentuh benda itu (arak). Muka saya merah kerana suasana dalam tu (pesta hari jadi) panas, ditambah pula dengan keadaan sesak dengan orang ramai.”

Itu kata penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau Apek mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya selepas tersebar dua gambar di laman portal hiburan tempatan dengan satu daripadanya memaparkan beberapa wanita dengan botol arak di atas meja.


Menerusi gambar dipaparkan dalam portal hiburan itu, Apek duduk di sebelah Dahlia Teck serta rakan-rakannya yang berpenampilan seksi dalam satu pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Walaupun wajah Apek tidak kelihatan pada gambar kedua, kehadirannya pada majlis itu menyebabkan peminat mengesyaki kemungkinan dia mengambil minuman keras kerana turut berada di lokasi sama.


Portal itu turut menyiarkan nasihat kepada Apek kerana tidak mahu kerjayanya yang sedang berada di kemuncak, merudum disebabkan gosip kurang menyenangkan itu, selain gambar botol arak yang berada di depan, seelok-eloknya dipindahkan terlebih dulu.


Difahamkan, dua gambar berkenaan dikirimkan seorang pembaca menerusi e-mel sebelum ia tersebar.

Mengulas lanjut mengenai gambar itu, Apek berkata, dia tidak tahu siapa merakam gambar berkenaan.


“Dalam majlis itu itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga orang yang saya langsung tidak kenal. Jadi saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar berkenaan.

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan seorang rakan, saya pun terkejut. Tetapi ingin saya tegaskan bahawa saya tiada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dalam gambar,” katanya yang dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.


Menurutnya, sebagai individu dikenali, dirinya sentiasa menjadi perhatian umum, selain ada yang mahu bergambar dengannya.


“Ke mana saya pergi, pasti akan bertemu dengan peminat yang mahu merakamkan gambar dan itulah situasi pada majlis berkenaan apabila ada yang ingin bergambar dengan saya.


Bagaimanapun, Apek berharap perkara itu tidak diperbesarkan kerana tidak mahu ia menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011 di Indonesia.


“Saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea dan tidak mahu terlalu memikirkannya kerana dah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan berikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut,” katanya.


p/s: TAHNIAH kepada Badrul Bakhtiar yang dipilih sebagai CAPTEN pasukan kebangsaan bagi SUKAN SEA Palembang

6 comments:

  1. hmmmm...kalau tak minum pon arak tu, tp bila ada je gambar minuman tu, mmg lah msyrakat akan buat mcm2 spekulasi..

    lgpun dia sedar kan yg dia public figure smua..kena lah berhati2..


    for me, itu mmg silap dia lah sbb x aware psl bnda2 mcm nie...

    anyway,tahniah badrul! ;)

    ReplyDelete
  2. even xminum pon , yg gatai sangat pegi tmpt camtu wtpe..thats mean die bersubahat jugak..camni la manusia ,baru fofular sikit.da lupe diri.*sigh.

    ReplyDelete
  3. kita tggu pas sukn sea nnt fhmi kate dia akan bg penerangan pasl ni

    ReplyDelete
  4. haha. takyah nak blurkan sgt muke2 pompuan cam maknyah tu. mekap tebal gile. ;p

    ReplyDelete
  5. hahaha..mmpuan tu xcomey mane sbt tu blurkn hahaha

    ReplyDelete

kunjungan semula akan dilakukan..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...