Tuesday, June 29, 2010
cUtI yAnG BeRmaKnA...
Alhamdulilla..Alhamdulilla...Alhamdulilla..
Syukur ku tidak terhingga dengn nikmat yang dapat ku rasakan ini..
Dengan usia yang agak muda menurut kawan-kawan,
aku telah menjejakkan kaki ke bumi barakah MEKAH dan MADINAH...
Terima Kasih YA ALLAH atas jemputan dan nikmat mu yang tidak terhingga ini...
Rindu pada Mekah dan Madinah mula terasa apabila aku cuba untuk mengingat detik-detik dan kenangan manis ketika di sana... ;)
Tulisan ini hanyalah sekadar untuk berkongsi apa yang aku rasakan..
Bila kawan-kawan tanya tentang pengalaman ketika di sana..
apa yang dapat aku katakan hanyalah kerinduan dan rasa ingin ku kembali ke sana sekerap dan secepat mungkin...
Apa yang menarik??
Pada ku rasa ketenangan dan kenikmatan beribadat merupakan sesuatu yang paling aku tidak dapat lupakan...
semua orang rasa bersaudara walaupun tidak pernah kenal dan hanya berkata-kata menggunakan bahasa badan dan memek muka...keseronokkan berjumpa dengan saudara se Islam yang bahawa senya kita berasal dari bapak dan datuk yang sama iaitu Nabi Adam..
semua berlumba-lumba untuk meningkatkan amalan masing-masing...
apa yang ada di dalam kotak fikiran adalah untuk beribdat,beribadat dan beribadat...
suara syahdu imam dan bilal di waktu maghrib memang betol-betol menusuk ke dalam hati..
bacaan yang nyaring dan kadang kala tegas membuatkan aku rasa rugi tidak memahami ayat2 suci al-Quran..
perasaan pilu ketika solat pertama kali aku rasakan ketika di bumi Mekah apabila imam membaca dalam keadaan sebak pada ayat-ayat yang menyentuh perasaannya..
alangkah ruginya aku sebap langsung tidak memahami...
sambil melihat kaabah, khusuk ketika solat mula rasa sedikit demi sedikit,..
Terima Kasih Ya Allah....