Fauzi Hashim |
Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa ahli keluarga telah pun tiba di Universiti Malaya untuk menghantar dua anak saudara yang baru mendaftarkan diri di Kolej Kediaman Keempat dan Kolej Kediaman Dua Belas. Kami datang jauh dari Kedah dan berasa amat bangga melihat ramai daripada ahli keluarga kami menuntut ilmu di ‘universiti terbaik’ negara saban tahun. Saya sendiri pernah belajar di UM pada sesi 1998-2000 dan ada dua orang lagi ahli keluarga saya pernah belajar di sana sebelum ini. Dan atas sebab itulah saya ingin menghantar sendiri anak saudara masuk UM untuk mengimbau kembali kenangan di universiti tertua itu. Tiba semalam, semuanya berjalan lancar, sambutan juga amat meriah bermula dari luar pintu pagar utama lagi (jalan ke Kuala Lumpur) oleh sekumpulan anak muda yang apabila ditanya merupakan barisan kepimpinan PMIUM. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata. Kegembiraan menghantar mereka bertukar kelam. Semalam, abang saya (ayah kepada anak saudara di Kolej Empat) ingin menghubunginya malam semalam, tetapi panggilan tidak diangkat dan kerisauan mula timbul kerana terdapat ahli keluarga kami yang sakit tiba-tiba. Dan tengah malam semalam barulah dia hubungi kami dan memberitahu ‘handset telah dirampas’ dan tidak dibenarkan guna sepanjang MHS berlangsung. Sedangkan bagi saya, keperluan ibu bapa untuk pantau dan bertanyakan khabar anak-anak mereka amat penting dalam minggu pertama di sesebuah universiti. Tetapi, anak saudara saya tu ‘bijak’ dengan menyimpan sebuah lagi handset dan menggunakannya untuk hubungi kami namun setelah memberitahu ingin mengambilnya pulang seketika, terdapat wakil PM (Pembantu Mahasiswa) tidak benarkan. Katanya, “Nanti bila dah meninggal baru kami benarkan.“ Jawapan itu amat-amat membuatkan kami seluruh ahli keluarga sedih dan kecewa. Dan setelah berbincang, kami akhirnya tidak jadi bawa dia pulang seketika melihatkan kepentingan dia di sana dua-tiga hari ini di UM. Ada satu lagi berita yang kurang baik diceritakan oleh anak saudara saya iaitu berkenaan dengan solat yang tidak dititiberatkan ketika MHS. Semalam, katanya rakannya di Kolej Kediaman Ketiga tidak sempat solat Asar kerana tergesa-gesa berkejar ingin ke Dewan Tunku Canselor UM untuk aktiviti pada jam 5 dan berakhir jam 7.15 petang. Dan bukan itu sahaja, malah Pembantu Mahasiswa (kami dulu panggil PP) seolah-olah tersenyum jer mendengar luahan pelajar baru untuk meminta kebenaran solat. Minta semua yang baca ni ambik cakna. Inikah yang digelar universiti terbaik negara? Apa sebenarnya yang ingin ditekankan dalam minggu orientasi UM nie? Dan siapa yang ingin bertanggungjawab atas semua ini? Sekadar berada dalam tentatif program semua waktu solat tidak jamin pelaksanaanya. Saya mohon pentadbiran UM ambil serius akan hal ini dan bukan sekadar ingin berseronok ketika sambutan pelajar baru berlangsung. Saya memang amat-amat terkejut dengan perubahan ketara yang berlaku berbanding zaman saya belajar. Fauzi Hashim Pokok Sena, Kedah p/s: mmm...dunia..dunia.. |
Thursday, September 8, 2011
MINGGU HALUAN SISWA Universiti Malaya 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
kunjungan semula akan dilakukan..tq