Pages

Friday, October 23, 2009

Bentuk fizikal bukan syarat jadi GURU??

Bentuk fizikal bukan syarat jadi guru

PUTRAJAYA 22 Okt. - Kementerian Pelajaran menolak sebarang unsur diskriminasi dalam proses pemilihan guru pelatih berdasarkan bentuk fizikal individu.

Merujuk isu melibatkan Joanna Gilbert Asson, 29, yang mendakwa diarahkan meninggalkan Kolej Latihan Guru Rajang di Bintangor kerana bertubuh gemuk, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian tidak mempraktikkan dasar berkenaan.

Mengulas kes itu yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, beliau berkata, Ketua Pengarah Pelajaran telah diarah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

''Berdasarkan standard kriteria, Joanna telah berjaya dalam proses pemilihan dan layak sebagai pelatih baru untuk kursus latihan guru pasca siswazah.

''Kementerian dimaklumkan Joanna telah melapor diri untuk pendaftaran pada 22 Jun dan selepas itu membuat keputusan menarik diri daripada kursus berkenaan serta menuntut semula yuran pendaftaran," kata beliau dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Laporan akhbar berkenaan mendakwa Joanna telah diarahkan oleh seorang pegawai di institusi itu supaya kembali semula ke situ pada tahun depan hanya selepas dia berjaya menurunkan berat badannya.

Muhyiddin seterusnya berharap Joanna akan mengkaji semula keputusannya menarik diri menyertai kursus berkenaan.

No comments:

Post a Comment

kunjungan semula akan dilakukan..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...