Pages

Wednesday, August 17, 2011

Cikgu DIBULI??



Facebook, YouTube diguna buli guru

LONDON: Satu pertiga guru, kebanyakannya tenaga pengajar wanita, menjadi mangsa buli online dengan 72 peratus dilakukan pelajar tetapi lebih 25 peratus penderaan diilhamkan oleh ibu bapa, menurut tinjauan Universiti Plymouth.

Banyak kes buli itu menggunakan laman web sosial dan kajian mendapati ramai mewujudkan kumpulan Facebook khas untuk mendera guru.
Dalam sesetengah kes, pelajar mengirim gambar guru ke laman web YouTube manakala yang lain meletakkan komen pedas di laman web ratemyteacher.com.
Secara keseluruhan, 35 peratus guru yang disoal berkata mereka menjadi mangsa buli online dan daripada jumlah itu, 60 peratus daripadanya wanita. Lebih mengejutkan, 26 peratus kaki buli adalah ibu bapa.

“Ibu bapa yang membuli secara online ialah sesuatu yang tidak pernah kita temui.
Kadang-kadang mereka turut sasar pelajar lain. Sekolah perlu buat sesuatu, jika tidak ia akan merebak,” kata penulis laporan, Profesor Andy Phippen.

Kes pelajar menjadi mangsa buli online diketahui ramai tetapi isu guru menjadi mangsa kurang disedari. – Agensi


6 comments:

  1. dunia dah terbalik pulak skg..haissshh

    ReplyDelete
  2. salam...giliran ibusumaiyah singgah n folo sini..:)...terima kasih melawat blog ibusumaiyah..selamat berblog..:)


    ***.....macam-macam cabaran jadi pendidik ni..nak pandaikan anak orang pun kena buli...

    ReplyDelete
  3. haip ada pulak kes gini .. teruk lah ..

    ReplyDelete
  4. puanbee..cabarn ckgu mkn bsr skrg ni...
    nth pasni murid plok buli cikgu hehehe

    ReplyDelete
  5. sekarang ni susah da nk jmpe plajr yg btol2 hormt cikgu dyorg.

    ReplyDelete
  6. btol ti c.mimie..
    kdg2 ank sndiri yg salah
    ckgu gk yg dprsalahkn..

    ReplyDelete

kunjungan semula akan dilakukan..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...