Kumpulan pertama siswazah lulusan IPGM, IPTA akan diberi penempatan mulai tahun depanKuala
Lumpur: Seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) akan diberi penempatan, tahun depan.
Mereka adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan
pengajian tahun ini di IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
"Kepada mereka yang akan dilantik sebagai
pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi," Muhyiddin
Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Kerajaan menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira secara
terperinci keperluan guru dalam jangka panjang yang digariskan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan itu
tertakluk kepada graduan yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS,
sudah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
dan berjaya dalam temu duga dikendalikan SPP.
Beliau yang juga
Menteri Pelajaran berkata, seramai 2,960 graduan terbabit dikenal pasti
sudah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai lalu dan dijadualkan
menjalani temu duga oleh SPP.
Penempatan interim
“
Mereka adalah 2,478 graduan program J-QAF (Jawi, Al-Quran,
Arab dan Fardu Ain), 368 dari program TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua), 90 dari program KPLI (Kursus Perguruan Lepas
Ijazah) IPGM dan IPTA termasuk mereka dari Program Pelajar Cemerlang
(PPC), 14 dari program Bahasa Perancis, dan 10 calon mengulang temu duga
berdasarkan keperluan opsyen.
“Sementara SPP menyelesaikan
urusan temu duga, Kementerian Pelajaran akan membuat penempatan secara
interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober ini. Pelantikan tetap adalah
tertakluk kepada keputusan temu duga oleh SPP,” katanya dalam kenyataan,
semalam.
Sementara itu bagi
baki 7,755 pelajar yang menamatkan
pengajian selepas Jun lalu, Muhyiddin berkata, mereka perlu
mengemukakan permohonan kepada SPP untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred
DG41 supaya penjadualan temu duga dapat disegerakan.
“Penempatan mereka yang lulus temu duga SPP akan dibuat tahun depan.
Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik,
berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi,” katanya. -
BH
p/s: InshAllah akn dipostingkan tahun depan...