Pages

Wednesday, October 5, 2011

Malaysia Pernah Dijajah-TPM | Zainal Keling Perlu Letak Jawatan


Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

NONEMuhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.

"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.

"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.

"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).

"Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar.

Oleh sebab yang demikian, dengan rasa malu kepada RAKYAT MALAYSIA, Prof Zainal Keling dan sorang lagi prof harus letak jawatan sebagai profesor dan pakar sejarah...


p/s: kesian kat calon2 PMR n SPM tahun ni, mst keliru time nak jawab soalan sejarah nnt hehehe...

Renungan Yang Mudah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu0CRrqguY9VOOCiKvHEhavKaIntPgyqmBPgaTBxN6N4B6o_TfJJTGJ47Xvnp7RLHDqgr5X_B4-RuCoI3bjyIwL7JgYxi1VMb7Mb90v5F4REnpN4oF7mIhVPbO9J7Qz4ZI5E-ezcJANVM/s1600/abc.jpg

iPhone 4S | Bukan iPhone 5





SAN FRANCISCO: Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.

Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi', tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru - iPhone 5 - seperti yang dinanti-nantikan.


klik sini kalo nak tengok ciri2 iPhone 4S


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...