Pages

Friday, October 5, 2012

Boleh belok KIRI..



KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.
Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.

Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Saturday, September 29, 2012

NOTA RINGKAS | Guru dan Cabaran Semasa | EDU 3109

salam...


khas untuk bakal-bakal guru PISMP sem 8...


nota ringkas EDU 3109-Guru dan Cabaran Semasa...


selamat mengulangkaji...

klik laju2 sini untuk download....

Friday, September 28, 2012

Menghitung Hari, Menanti Waktu...

MENGHITUNG HARI, MENANTI WAKTU


Masanya semakin tiba..
Waktunya semakin dekat...
Bumi yang barakah ini akan ku tinggalkan..

Sayu hatiku.. 
Melihat taman-taman syurga yang akan ku tinggalkan..
Sumber ketenagan dan keinsafan ..
Sebagai penyluluh hidup, penyeri hati..

Sebelum kaki melangkah pergi..
Sebelum sinar hilang dipandangan..
Akan ku cuba ukirkan kenangan terindah...

Jauhnya hanya dipandangan..
Dekatnya tetap dihati..
Akan ku rindui bumi barakah ini...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...