Pages

Sunday, April 17, 2016

Kembali Menulis



Alhamdulilla diizinkan Allah untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Hampir 4 tahun tidak menulis di blog ini. 4 tahun yang penuh cabaran suka dan duka yang menjadikan diri ini lebih dewasa.

InsyaAllah perkongsian selepas ini lebih kepada ilmiah. Biarlah apa yang ditulis mampu memberi manfaat kepada para pembaca.

Kepada blog ku ini, maafkan diri ini kerana mengabaikan mu hehehe...


Friday, June 7, 2013

Tiada JAMINAN penempatan bagi graduan IPG?? (ANALISIS)

SALAM....

Disebalik kegembiraan bergraduasi baru2 ni...kejutan melanda warga pelatih IPG apabila tiba2 seorang timbalan menteri yang baru dilantik hanya beberapa 'HARI' mengeluarkan kenyataan bahawa tiada jaminan penempatan lagi bagi warga pendidik...

Aku melihat masalah penempatan yang berlaku kini merupakan suatu perkara yang disebabkan oleh KEBODOHAN perancangan pihak2 yang berkenaan...dan kenyataan bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi guru2 pelatih kerana ingin memastikan hanya mereka2 yang betul2 berkualiti shj yg terpililh adalah suatu langkah bagi menutup 'MALU' pihak2 berkenaan...

Jika dilihat masalah ini mula berlaku apabila 'mereka' melanjutkan umur persaraan kpd 60thn tanpa melihat kesan jangga panjang...bermula dgn perancangan BODOH ini lah maka bermula lah masalah penempatan atau paling mudah POSTING...

Tidak salah untuk melanjutkan umur persaraan tetapi sbg langkah alternatif mereka perlu lah tambah OR perbesarkan 'gran' penjawat awam...namun aku fikir mustahil 'gran' penjawat awam akan diperbesar apabila melihat HUTANG negara yg semakin meningkat...myb sebab nk jimat duit kot...

Namun, bg menutup keaiban 'mereka'...golongan2 bawahan seperti guru2 pelatih IPG menjadi mangsa keadaan...masalah POSTING yang sudah bermula tahun ini bagi para graduan IPG cuba di TUTUP dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab tu....aku melihat ini sebagai suatu cara bagi mengelak para graduan pada masa hadapan menuntut penempatan secepat mungkin....mungkin 'mereka' ingat tektik ni amat baik dengan mengambil contonh negara Finland sebagai rujukan...


Secara tidak sedar, penghapusan jaminan PENEMPATAN bagi graduan2 IPG khusus nya telah MENGHINA guru2 di sekolah...masakan tidak, guru2 ini merupakan produk2 IPG yg mana dahulu di kenali sebagai MAKTAB PERGURUAN....secara tidak langsung 'mereka' telah menganggap bahawa guru2 di sekolah pada masa kini adalah TIDAK berkualiti...

Agak kelakar apabila proses menaik taraf dr Maktab Perguruan berubah menjadi Institut Perguruan dan di ubah lagi menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) rupa-rupanya menjadikan para graduan lepasan IPG tidak di ikhtiraf dan semakin tidak berkualiti...ini membuktikan satu lagi projek menaik taraf yg GAGAL!!... 

Kepada para guru pelatih tidak kira lepasan IPG atau Universiti....berusahalah untuk HAK anda...banyak2 kan berdoa kerana doa mereka2 yg teranaya mudah dimakbulkan....

"MENGKRITIK BUKAN INGIN MEMBANGKANG, 
TETAPI INGIN MELIHAT YANG TERBAIK"

Tuesday, May 14, 2013

CUTI yang PANJANG!!


salam.....

start hari ni hampir 6 bulan bercuti tanpa pekerjaan hahaha... (menganggur la)..

cuti yang paling panjang selepas cuti time habis SPM....

tidak perlu merungut atau tertekan sebab CUTI ni merupakan suatu nikmat :) ....


BOSAN???

isi lah masa anda dengan menonton RUNNING Man... hahaha 


Running Man ni merupakan sebuah variety show yg popular di KOREA.....

memang xkering gusi kalo tengok benda ni.....

hope sebelum dapat kerja boleh habis kan 144 episode running man setakat ini HAHAHAHA....


klik sini laju2 untuk menonton...
SELAMAT MENONTON!!

Tuesday, May 7, 2013

TAMAT PRU 13


salam....

tamat sudah PRU13...tahniah kpd yg menang, jgn lupa tunai amanah yg telah diberikan....

walau pun ramai yg kecewa dgn sikap SPR yg memperbodohkan rakyat dgn dakwat kekal yg tidak kekal,..namun keputusan telah diperolehi.....

bagi yg kalah, jangan terlalu kecewa...boleh cuba lagi 5tahun akan datang...

diharapkan kerajaan yg memrintah lebih melihat kemaslahan rakyat selepas ini....



selamat tinggal PRU13...

Wednesday, April 17, 2013

Agen TOP UP


salam....

puas dah rasa jadi seorang penganggur jalanan kikiki...

POSTING xtau bila...lmbat betoi KPM ni nak masuk meminang...

xpela reda jela..hehe...


so, sepanjang jadi penganggur terhormat ni ada la jumpa kawan yang bg peluang kerja...

kerja yg mudah dan rileks je hahaha...

JUAL TOP UP....


so. nak promote kat sini kot2 ada sama2 yg berminat nak jadi AGEN jual TOP UP...

boleh la tinggalkan alamat email kat ruang coment untuk dapat detail2...
 

Harga PENDAFTARAN untuk pengunjung BLOG ni je RM30..kiki...

yg berminat leh tinggal email yep.. :)



p/s: aku jual top up untuk diri sendiri je hahahaha...sebap malas nk keluar g kedai just nk bli top up hihi...

Saturday, March 9, 2013

SK Chenderong Batu, Tumpat



salam...

SK Chederong Batu merupakan sekolah tempat aku praktikum...

Di sini lah aku di didik dan dilatih dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada semua warga sekolah..

Jutaan terima kasih ku ucapkan atas jasa kalian semua...

Sungguhnya SKCB sentiasa dihati dan dirindui...

Jom layan gambar...

 


jadi konduktor aerobik dgn latiahn semalaman bersama EN. You Tube hahaha..


ajar kawad..
 

persembahan Super Spontan hari guru hahaha.. malu ase...


AJK buat padang futsal..


 team bola baling dgn jurulatih Bola Baling Kebangsaan Cikgu Husni (baju itam)...


GURU PENYAYANG..pagi2 lagi kena tunggu depan gate sambut budak..sian cikgu2 hehe..


cikgu laki pon boleh memasak gak pe hehehe...


ni la SIFU kami.. Tuan Hj. Razali.. GURU CEMERLANG matematik...
terima kasih tak terhingga diatas segala ilmu yang dicurahkan...


 LAST SKALI...

ni lah kawan praktikum..pg2 rempit sama2 g sek..thanks tumpangkan aku bro hahaha...
(sapa2 yang berminat leh la try..single la ni hahaha)


.......the end

Monday, March 4, 2013

MENU Bujang: Mee SUP


salam...

arini nak kongsi menu untuk orang2 bujang...

orang2 bujang ni memang malas sikit, lagi2 bab masak ni...

korang xbosan ke makan MANGGE je tiap hari hahaha...

so, ari ni nak share sikit menu bagi kita2 yang agak Malas ni yep hahaha...

MEE SUP...lebih mudah dari masak MANGGE haha...


 hiasan je ni...


1. dua ulas bawang putih n bawang merah...korang potong ikot suka..

2. seulas halia potong ikot suka gak...

3. masuk minyak n tumis sampai naik bau...(kalau korang xtau naik bau macam mane, just letak idung kat periuk tu hihi)

4. masukkan air..agak2 panas masuk kiub ayam...garam secukup rase..


TUNGGU sampai mendidih n siap dah kuah mee hehehe...

pastu kalo korang nak sedap tmbah la pe2 ayam,udang,telur,sayur...ikot suka korang la hehehe...

JANGAN LUPA, celur mee dulu before makan...


selamat mencuba...

Wednesday, January 9, 2013

Permohonan UPU sesei 2013/2014

Salam...

permohonan UPU telah pun di buka bermula 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013....

so kepada semua calon2 SPM 2012 boleh la mula membuat permohonan..

tapi sebelum tu mst bli No PIN UPU di BSN yang berhampiram.....

lepas tu leh klik sini untuk permohonan....


IKLAN AKHBAR...


Tuesday, January 8, 2013

free download all movie

Salam...

memulakan kerajinan menconteng blog ini dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

anda BOSAN???

ingin layan movie n cerita2 secara percuma....

ni nak kongsi web yang korang leh tengok movie n FREE DOWNLOAD...

antara cerita n movie2 korang leh FREE DOWNLOAD...


  • FREE DOWNLOAD - adam hawa full episode
  • FREE DOWNLOAD - maharaja lawak mega 2012
  • FREE DOWNLOAD - semua movie2 baru 

klik SINI laju2.....

semoga dapat membantu... :)



FREE DOWNLOAD FREE DOWNLOAD FREE DOWNLOAD

FREE DOWNLOAD  FREE DOWNLOAD  FREE DOWNLOAD

FREE DOWNLOAD  FREE DOWNLOAD

FREE DOWNLOAD


Saturday, October 20, 2012

Nota Ringakas | EDU 3108 | Asas Kepimpinan


Salam....

nota ringkas EDU 3108 Asas Kepimpinan....

khas ditujukan kepada pelajar-pelajar PISM sem 8...

klik sini laju2....



.
.
.
.
.
.

SELAMAT MENGULANGKAJI

Friday, October 19, 2012

Fina Piala MALAYSIA 2012 | Pesanan Tok Guru





KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemain dan penonton menjaga solat dan berdisiplin sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 20 Oktober ini.

Menteri Besar berkata, waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola.

Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun. Kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan sifat kita sebagai seorang hamba-Nya.

“Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang,” ujarnya di sini.

Kelantan akan bertemu ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kelantan pernah muncul juara pada 2010.

Kerajaan negeri juga mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini.

Menteri Besar berkata, melatih pemain bola sepak supaya mengingati tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu kewajiban.

“Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu,” tambahnya.

Beliau juga turut mencadangkan supaya perkataan “bermain bola” ditukar kepada istilah lain memandangkan bola sepak sekarang suatu kerjaya sehingga boleh menghasilkan rezeki.

“Perkataan main sebenarnya tak comel, nampak hanya main, sedangkan bola kini sudah menjadi mata pencarian. Patut kita tukar mentaliti bermain kepada satu kerja halal,” ujarnya.


p/s: untung rakyat Kelantan...

Saturday, October 6, 2012

Posting | Graduan IPG mula 2013


pix_gal0 
 
Kumpulan pertama siswazah lulusan IPGM, IPTA akan diberi penempatan mulai tahun depan

Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diberi penempatan, tahun depan.
Mereka adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini di IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

"Kepada mereka yang akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi," Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Kerajaan menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang yang digariskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan itu tertakluk kepada graduan yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, sudah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temu duga dikendalikan SPP.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 2,960 graduan terbabit dikenal pasti sudah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai lalu dan dijadualkan menjalani temu duga oleh SPP.

Penempatan interim
Mereka adalah 2,478 graduan program J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain), 368 dari program TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua), 90 dari program KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah) IPGM dan IPTA termasuk mereka dari Program Pelajar Cemerlang (PPC), 14 dari program Bahasa Perancis, dan 10 calon mengulang temu duga berdasarkan keperluan opsyen.

“Sementara SPP menyelesaikan urusan temu duga, Kementerian Pelajaran akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober ini. Pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temu duga oleh SPP,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu bagi baki 7,755 pelajar yang menamatkan pengajian selepas Jun lalu, Muhyiddin berkata, mereka perlu mengemukakan permohonan kepada SPP untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 supaya penjadualan temu duga dapat disegerakan.

“Penempatan mereka yang lulus temu duga SPP akan dibuat tahun depan. Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi,” katanya. - BH


p/s: InshAllah akn dipostingkan tahun depan...

Friday, October 5, 2012

Boleh belok KIRI..



KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.
Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.

Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Saturday, September 29, 2012

NOTA RINGKAS | Guru dan Cabaran Semasa | EDU 3109

salam...


khas untuk bakal-bakal guru PISMP sem 8...


nota ringkas EDU 3109-Guru dan Cabaran Semasa...


selamat mengulangkaji...

klik laju2 sini untuk download....

Friday, September 28, 2012

Menghitung Hari, Menanti Waktu...

MENGHITUNG HARI, MENANTI WAKTU


Masanya semakin tiba..
Waktunya semakin dekat...
Bumi yang barakah ini akan ku tinggalkan..

Sayu hatiku.. 
Melihat taman-taman syurga yang akan ku tinggalkan..
Sumber ketenagan dan keinsafan ..
Sebagai penyluluh hidup, penyeri hati..

Sebelum kaki melangkah pergi..
Sebelum sinar hilang dipandangan..
Akan ku cuba ukirkan kenangan terindah...

Jauhnya hanya dipandangan..
Dekatnya tetap dihati..
Akan ku rindui bumi barakah ini...



Saturday, June 30, 2012

Indahnya KELANTAN | TUTUP AURAT


Assalamualaikum...

nak tanye..ada tak kowang tengok iklan2 macam ni dekat negeri kowang selain Kelantan??

Ini lah 1 medan dakwah yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan...

Berdakwah dengan pelbagai cara...

Teruskan berdakwah dengan apa cara sekali pun...

Sunday, June 24, 2012

Jadi CIKGU senang???

"ala senang je jadi cikgu ni..ajar budak2 je..."

HANYA ORANG YANG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK ..


p/s: hargailah guru anda ye hehehe...

Indahnya ISLAM di Kelantan

Tidak dinafikan Kelantan merupakan sebuah negeri yang diibaratkan seperti Serambi Mekah...

Majlis-majlis ilmu tumbuh bak cendawan selepas hujan...

Nak ilmu apa je semua ada...

tak hairan lah tarbiyah yang diterapkan Tok Guru telah berjaya melembutkan banyak hati2 yang mati dan sakit,,,..

Jom tengok gambar ni...


Orang bukan Islam pon datang majlis ilmu...

Kat Kelantan je leh tengok benda2 macam ni,,,....

Saturday, June 23, 2012

Makan Sedap | Kerabu Sotong

Salam....

ramai antara perempuan2 zaman kini yg xsuka or xpandai masak..

btol tak kaum2 lelaki sekelian hahaha...

so, ari ni nak bagi menu yang paling mudah untuk korang masak tak kira lelaki or perempuan...

5 minit boleh siap ni hehehe...

kalo xpercaya cuba try buat..



BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 batang serai
5 tangkai cili padi
1 biji tomato (potong dadu)
2 biji limau nipis
3 sudu besar air gula

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan sotong dan rebus. Angkat dan tuskan airnya.
2.Kemudian hiriskan bawang dan tomato dipotong dadu.
3.Selepas itu, hiris serai dan cili padi.
4.Akhir sekali gaulkan kesemua bahan, perahkan limau nipis dan tambahkan air
  gula secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA...





Tuesday, May 22, 2012

Sudut Matematik

Alhamdulilla..akhirnya siap pun sudut matematik ni hehehe...

Jom tengok hasil kerja selama 3 bulan....


satu 


angry bird and boboi boy... 


cikgu piweet... 


ehem2.... 


sudut matematik...



yea...

berbakti untuk sekolah yang banyak memberi didikan dan pengalaman yang bermakna...

TERIMA KASIH WARGA SK CHENDERONG BATU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...