SALAM....
Disebalik kegembiraan bergraduasi baru2 ni...kejutan melanda warga pelatih IPG apabila tiba2 seorang timbalan menteri yang baru dilantik hanya beberapa 'HARI' mengeluarkan kenyataan bahawa tiada jaminan penempatan lagi bagi warga pendidik...
Aku melihat masalah penempatan yang berlaku kini merupakan suatu perkara yang disebabkan oleh KEBODOHAN perancangan pihak2 yang berkenaan...dan kenyataan bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi guru2 pelatih kerana ingin memastikan hanya mereka2 yang betul2 berkualiti shj yg terpililh adalah suatu langkah bagi menutup 'MALU' pihak2 berkenaan...
Jika dilihat masalah ini mula berlaku apabila 'mereka' melanjutkan umur persaraan kpd 60thn tanpa melihat kesan jangga panjang...bermula dgn perancangan BODOH ini lah maka bermula lah masalah penempatan atau paling mudah POSTING...
Tidak salah untuk melanjutkan umur persaraan tetapi sbg langkah alternatif mereka perlu lah tambah OR perbesarkan 'gran' penjawat awam...namun aku fikir mustahil 'gran' penjawat awam akan diperbesar apabila melihat HUTANG negara yg semakin meningkat...myb sebab nk jimat duit kot...
Namun, bg menutup keaiban 'mereka'...golongan2 bawahan seperti guru2 pelatih IPG menjadi mangsa keadaan...masalah POSTING yang sudah bermula tahun ini bagi para graduan IPG cuba di TUTUP dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab tu....aku melihat ini sebagai suatu cara bagi mengelak para graduan pada masa hadapan menuntut penempatan secepat mungkin....mungkin 'mereka' ingat tektik ni amat baik dengan mengambil contonh negara Finland sebagai rujukan...
Secara tidak sedar, penghapusan jaminan PENEMPATAN bagi graduan2 IPG khusus nya telah MENGHINA guru2 di sekolah...masakan tidak, guru2 ini merupakan produk2 IPG yg mana dahulu di kenali sebagai MAKTAB PERGURUAN....secara tidak langsung 'mereka' telah menganggap bahawa guru2 di sekolah pada masa kini adalah TIDAK berkualiti...
Agak kelakar apabila proses menaik taraf dr Maktab Perguruan berubah menjadi Institut Perguruan dan di ubah lagi menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) rupa-rupanya menjadikan para graduan lepasan IPG tidak di ikhtiraf dan semakin tidak berkualiti...ini membuktikan satu lagi projek menaik taraf yg GAGAL!!...
Kepada para guru pelatih tidak kira lepasan IPG atau Universiti....berusahalah untuk HAK anda...banyak2 kan berdoa kerana doa mereka2 yg teranaya mudah dimakbulkan....
"MENGKRITIK BUKAN INGIN MEMBANGKANG,
TETAPI INGIN MELIHAT YANG TERBAIK"