Pages

Saturday, October 20, 2012

Nota Ringakas | EDU 3108 | Asas Kepimpinan


Salam....

nota ringkas EDU 3108 Asas Kepimpinan....

khas ditujukan kepada pelajar-pelajar PISM sem 8...

klik sini laju2....



.
.
.
.
.
.

SELAMAT MENGULANGKAJI

Friday, October 19, 2012

Fina Piala MALAYSIA 2012 | Pesanan Tok Guru





KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemain dan penonton menjaga solat dan berdisiplin sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 20 Oktober ini.

Menteri Besar berkata, waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola.

Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun. Kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan sifat kita sebagai seorang hamba-Nya.

“Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang,” ujarnya di sini.

Kelantan akan bertemu ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kelantan pernah muncul juara pada 2010.

Kerajaan negeri juga mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini.

Menteri Besar berkata, melatih pemain bola sepak supaya mengingati tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu kewajiban.

“Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu,” tambahnya.

Beliau juga turut mencadangkan supaya perkataan “bermain bola” ditukar kepada istilah lain memandangkan bola sepak sekarang suatu kerjaya sehingga boleh menghasilkan rezeki.

“Perkataan main sebenarnya tak comel, nampak hanya main, sedangkan bola kini sudah menjadi mata pencarian. Patut kita tukar mentaliti bermain kepada satu kerja halal,” ujarnya.


p/s: untung rakyat Kelantan...

Saturday, October 6, 2012

Posting | Graduan IPG mula 2013


pix_gal0 
 
Kumpulan pertama siswazah lulusan IPGM, IPTA akan diberi penempatan mulai tahun depan

Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diberi penempatan, tahun depan.
Mereka adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini di IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

"Kepada mereka yang akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi," Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Kerajaan menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira secara terperinci keperluan guru dalam jangka panjang yang digariskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan itu tertakluk kepada graduan yang memenuhi syarat skim perkhidmatan PPPS, sudah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan berjaya dalam temu duga dikendalikan SPP.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 2,960 graduan terbabit dikenal pasti sudah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai lalu dan dijadualkan menjalani temu duga oleh SPP.

Penempatan interim
Mereka adalah 2,478 graduan program J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain), 368 dari program TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua), 90 dari program KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah) IPGM dan IPTA termasuk mereka dari Program Pelajar Cemerlang (PPC), 14 dari program Bahasa Perancis, dan 10 calon mengulang temu duga berdasarkan keperluan opsyen.

“Sementara SPP menyelesaikan urusan temu duga, Kementerian Pelajaran akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober ini. Pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temu duga oleh SPP,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu bagi baki 7,755 pelajar yang menamatkan pengajian selepas Jun lalu, Muhyiddin berkata, mereka perlu mengemukakan permohonan kepada SPP untuk pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 supaya penjadualan temu duga dapat disegerakan.

“Penempatan mereka yang lulus temu duga SPP akan dibuat tahun depan. Kepada mereka yang berjaya dan akan dilantik sebagai pendidik, berkhidmatlah dengan jujur dan penuh dedikasi,” katanya. - BH


p/s: InshAllah akn dipostingkan tahun depan...

Friday, October 5, 2012

Boleh belok KIRI..



KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.
Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.

Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...