Pages

Thursday, September 29, 2011

Perbicaraan keatas kematian Michael Jackson

Quantcast


LOS ANGELES: Perbicaraan paling dinanti-nantikan berhubung kematian penyanyi pop terkenal, Michael Jackson, dimulakan dengan pendakwa memulakan ucapan pembukaan dan menayangkan gambar mayat bintang kulit hitam itu.

Ketika Dr Conrad Murray, yang didakwa membunuh penyanyi itu tanpa niat lebih dua tahun lalu muncul di depan juri, timbalan peguam daerah, David Walgren menayangkan gambar yang menampakkan wajah penyanyi itu.

Sesi perbicaraan itu kelihatan seperti sarkas, apabila peminat Jackson dan penyokong Dr Murray berkumpul di luar kamar mahkamah di Los Angeles menjulang sepanduk dan kain rentang ketika seluruh keluarga penyanyi itu memasuki mahkamah untuk mengikuti apa yang disifatkan sebagai perbicaraan abad ini.

Pendakwa kemudian menyiarkan rakaman menunjukkan Jackson yang sihat membuat persembahan terakhirnya, latihan lagu popular, Earth Song, yang dirakamkan sehari sebelum dia meninggal dunia.

Lampu dalam kamar mahkamah ditutup dan penyanyi itu ditunjuk di skrin sedang mempersembahkan lagu Earth Song pada sesi latihan di Pusat Staples di Los Angeles, beberapa jam sebelum meninggal dunia.

Ibu Jackson, Katherine, kelihatan menangis menonton klip itu.

MJ mati kerana pembunuhan

“Kematian Michael Jackson adalah pembunuhan. Bukti menunjukkan dia meletakkan nyawanya di tangan Conrad Murray. Michael Jackson mempertaruhkan nyawa mempercayai skil perubatan Conrad Murray.
“Bukti menunjukkan kepercayaan yang tidak kena pada tempatnya adalah terlalu tinggi nilainya, iaitu nyawa Michael Jackson,” kata Walgren kepada juri dalam hujah pembukaan.

Bagaimanapun, peguam Dr Mur-ray, Ed Chernoff, memberitahu juri, kematian Jackson disebabkan dirinya sendiri.

Dr Murray kelihatan mengelap air mata ketika Chernoff berkata bukti akan menunjukkan penyanyi berkenaan menelan lapan butir pil Lorazepam dan menyuntik diri dengan satu dos propofol.

“Jumlah itu sudah lebih daripada cukup untuk membunuhnya dengan cepat,” kata Chernoff.

Beliau berkata, Jackson yang kecewa kerana tidak dapat tidur dan kerana doktornya enggan memberikan dia ubat yang dikehendaki, melakukan tindakan yang menyebabkan kematiannya.

Ketika Chernoff mempersembahkan hujah pembukaannya, dia menaikkan poster dengan nama Michael Jackson tersilap ejaan.

“Dia meninggal dunia begitu cepat sehingga tidak ada masa menutup matanya,” kata Chernoff.

Ibu bapa Jackson dan adik beradiknya, Janet, La Toya, Tito, Randy dan Jermaine berada di kamar mahkamah untuk mendengar hujah pembukaan dalam perbicaraan doktor peribadi penyanyi itu, yang juga orang terakhir melihat bintang pop itu masih hidup.

Agensi


Wednesday, September 28, 2011

Contoh: Laporan Lengkap Persatuan


contoh laporan persatuan:

klik sini untuk download....

Monday, September 26, 2011

HUDUD: Penganut KRISTIAN Sokong 2

Top Catholic bishop tells non-Muslims to support hudud in Kelantan

Sep 23: A top Catholic bishop has thrown his support for the implementation of the Islamic criminal laws stipulating deterrent punishment on serious crimes, or hudud, in Kelantan, provided non-Muslims were given "a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us".

In comments on the issue sparked by former prime minister Dr Mahathir Mohamad's challenge to Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Paul Tan (picture) Chee Ing, president of the Catholic Bishops' Conference of Malaysia, said it was wise for non-Muslims not to oppose such laws among Muslims "if they so desire".

“I say it's time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement shariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation,” online news portal Malaysiakini quoted Dr Paul, also the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese, as saying.

His comments come in the wake of a statement by Mahathir that Nik Aziz should implement hudud in Kelantan now that the former was no longer the prime minister who had once sent a letter warning the PAS-led state against any attempt to introduce the Islamic laws.

In response, Nik Aziz said a prime ministerial decree would not expire with Mahathir's resignation, and called on the current PM Najib Razak to revoke the Federal government's earlier stance on the issue.

'Extraordinary man'

Giving his views, Dr Paul said the issue had to do with the debate between two different Islamic schools of theology, the 'rationalists' or Mu'tazilites, and the 'traditionalists', or Ash'arites.

"I don't know if that extraordinary man, the Kelantan menteri besar (Nik Aziz Nik Mat), is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mu'tazilite, sometimes like an Ash'arite," said Dr Paul, who added that such an ambiguity was "a good thing".

"It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption. I am in favour of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only," the portal quoted him.

Prior to this, Opposition Leader Anwar Ibrahim (left) said he was personally in favour of hudud laws being introduced in Kelantan as it would ensure justice.

Earlier, the issue, regarded as highly contentious and which in the past created rifts between DAP and PAS, has instead laid bare cracks between MCA and UMNO.

MCA president Chua Soi Lek said the Chinese-based party would leave the Barisan Nasional coalition if UMNO supported hudud laws. This was in response to UMNO deputy president Muhyiddin Yasin's cautioned comments on Kelantan's long-fought battle with the Federal government over hudud, saying he was obligated as a Muslim to support hudud but differed on the timing of its implementation. -HD (eng)

GREENBOC

HUDUD: Penganut KRISTIAN Sokong 1

Walaupun MCA dan Gerakan telah mengutuk PAS kerana menyatakan semula keinginan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan, pemimpin-pemimpin Kristian berpendapat bahawa tidak ada silapnya dengan rancangan tersebut.

Ini adalah kerana semua pengikut bagi mana-mana agama sepatutnya digalakkan berusaha untuk menguatkan lagi pegangan mereka, selagi mereka tidak mengganggu hak orang lain.

Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa hak mereka yang berbeza agama dilindungi sepenuhnya. Oleh itu apa salahnya dengan perlaksanaan hudud di Kelantan atau negeri lain pun?” Ramon Navaratnam, bekas presiden ‘Transparency International’ dan pemimpin Kristian, Malaysia Chronicle melaporkan.

“Kita tidak patut mempolitikkan semua perkara terutamanya agama. Adalah perkara biasa bagi seorang Islam dan Kristian mahupun seorang penganut Buddha dan juga Hindu untuk berusaha mengukuhkan pegangan mereka seboleh mungkin dan ini sepatutnya digalakkan. Ia hanyalah salah apabila mereka tidak mengendahkan orang lain dan mula bertindak melampau di dalam perlakuan dan amalan. Selagi rakyat bukan Islam di Malaysia dilindungi sepenuhnya, penganut Kristian dan rakyat Malaysia amnya tidak seharusnya berfikiran cetek dan bimbang tanpa sebab yang munasabah.”

Kenyataan Ramon disokong oleh Dr Paul Tan Chee Ing, presiden ‘Catholic Bishops’ Conference of Malaysia’.

“Saya berpendapat telah tiba masanya untuk membenarkan rakyat Islam di Kelantan, untuk melaksanakan hukum shariah asalkan rakyat bukan Islam dikecualikan daripada perlaksanaannya,” kata Paul, yang juga merupakan ketua ‘titular’ Katholik di diocese Melaka-Johor.

GREENBOC

HUDUD: Orang Bukan Islam Sokong

Hudud dianggap ‘produk’ mulia

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil.

Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.

Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu.

“Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.

“Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,”
katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, penolakan orang bukan Islam terutama parti politik adalah kerana mereka sangsi jika pelaksanaan hudud kelak akan memaksa mereka untuk menutup operasi premis penjualan arak.

Beliau berkata, mereka yang mengaitkan perkara itu akan berasa tidak selesa sedangkan bagi sesetengah pihak terutama orang bukan Islam, arak adalah salah satu keperluan dalam budaya mereka.

“Bagi saya, orang bukan Islam nampak apabila hukum hudud ini dilaksanakan, mereka dipaksa tutup premis arak. Itu adalah hukum jenayah Islam dan mereka tidak faham. Kalau kita katakan DAP, secara keseluruhannya parti itu mewakili orang Cina dan ada yang menjalankan perniagaan arak, sebab itu mereka membantah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang Islam memberi penjelasan sebenarnya mengenai hudud dan tidak sesekali memberi gambaran salah, selain mengetepikan fahaman politik.

Menurutnya, orang Islam terutama tokoh-tokoh Islam adalah ‘jurujual’ terbaik untuk menjelaskan mengenai perkara itu sambil menyifatkan hudud sebagai ‘produk mulia’ yang diturunkan Tuhan.

Bagaimanapun, B Chandran berkata, realiti yang dilihatnya ketika ini, ‘produk’ itu tidak akan mendapat sambutan sekiranya ‘jurujual’ tidak mampu mempromosikannya dengan kaedah terbaik kepada pengguna.

“Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan,” katanya.

Muslimeen-united


p/s: pelik bila ada org Islam sendiri tolak Hukum Allah..

HUDUD: Prof Dr Abdul Aziz Bari

Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

NONE3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman facebook sendiri dan berdasrkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang bukan Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

malay and english newspaper report on hudud 231208Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

hududYang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

azlan7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

NONEApabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

NONEGolongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

Malaysiakini

Sunday, September 25, 2011

Hukum Hudud: Renung-renungkan


minggu ni kita banyak dengar pasal hukum hudud...

susah gak nak komen bende2 gini...

tapi jom kita tengok apa yang Ustaz Azhar cakap ni...

renung2kan dan selamat beramal.. :)



live streming: Badminton Japan Open (final)



saksikan perlawana batminton terbuka Jepun di sini...

klik sini untuk menonton..

Saturday, September 24, 2011

live streming: Badminton Japan Open (semi final)



saksikan perlawana batminton terbuka Jepun di sini...

klik sini untuk menonton..


live now: Lee C.Wei Vs P.Gade (3:00pm) klik sini
21-13,21-16

Friday, September 23, 2011

Jom Pakat Beli JC Ramli


jom pakat beli jc ramli hahaha...

Ramli mula popular la ni....

Walaupun Ramli xbpe bijak tapi die hebat hahaha,...

Ramli..Ramli....

live streming: Badminton Japan Open


ni nak kongsi link untuk tengok batminton terbuka jepun peringkat suku akhir...

klik sini laju2...

leh tengok sekarang 23/9/2011

new updet: lee chog wei vs Tago
21-23,21-7,21-18

Zizan Raja Lawak di SUMPAH???

tajuk entry yang panas ni hehehe...

betul ke zizan di sumpah??

mungkin ke sebab kes keterlanjuran kata zizan dalam sebuah filem tu???

jom tengok kat bawah...

hehe rupanya kembar dia la ni..

bukan zizan raja lawak ni...

just muka mamat ni macam zizan raja lawak....


p/s: tahniah zizan sebab berani mengaku kesilapan..

Thursday, September 22, 2011

Nilai Blog





jom kita tgk nilai blog masing2..

korang leh tau berapa nilai sebenar blog korang..

klik sini laju2...

Free Download- ANGRY BIRD REO


demam angry bird...

jom2 main angry bird...

tapi kali ni kita main Angry Bird Reo...

hehehe..


klik sini laju2 untuk download..

Wednesday, September 21, 2011

iklan TM paling sempoi


ni nak kongsi iklan paling sempoi thn ni...

1st time tgk iklan ni memang tergelak hahaha...

"Ramli, Ramli, Ramli from Malaysia score his first goal..."

hahaha...

jom tengok iklan Ramli ni hehehe


Kelajuan Muat Turun Internet

Korea Selatan duduki tempat teratas kelajuan muat turun internet


2011/09/21

WASHINGTON: Korea Selatan menduduki tempat teratas dalam senarai kelajuan muat turun internet dunia diikuti Romania, Bulgaria, Lithuania dan Latvia, menurut kajian yang diumumkan, hari ini.

Amerika Syarikat pula berada di tangga ke-26 dalam analisis berkaitan penyambungan internet seluruh dunia yang dikendalikan Pando Networks.
Purata kelajuan muat turun di Korea Selatan ialah 2,202 kilobait per saat (KBps), manakala Romania (1,909 KBps), Bulgaria (1,611 KBps), Lithuania (1,462 KBps) dan Latvia (1,377 KBps) melengkapkan senarai lima teratas.
Japan pula dengan 1,364 KBps, dikuti Sweden (1,234 KBps), Ukraine (1,190 KBps), Denmark (1,020 KBps) dan Hong Kong (992 KBps).

Purata muat turun paling perlahan dicatatkan ialah di Republik Congo iaitu 13 KBps, diikuti Republik Afrika Tengah 14 KBps dan Comoros dengan 23 KBps. - AFP


p/s: agaknya Malaysia ranking bpe ek hehehe

HIGHLIGHT- Manchester United VS Leed Utd


jom saksikan highlight Manchester United vs Leed Utd dalam aksi piala liga awal pagi tadi...

Glory Glory United..


Thursday, September 15, 2011

HIGHLIGHT- Manchester United VS Benfica


Highlight Manchester United VS Benfica...


klik sini utk download video..

Tuesday, September 13, 2011

Keputusan Perlawanan PIALA MALAYSIA: 13/9/2011


keputusan terkini perlawanam Piala Malaysia 2011:

T-Team (4)-PDRM (0)

Sarawak (0)-Johor FC (1)

Kuala Lumpur (0)-Selangor (1)

PKNS (1)-Sime Darby (0)

Negeri Sembilan (1)-Terengganu (0)

UPSR 2011


selamat menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada hari ini...

semoga segala usaha yang telah adik2 buat akan mendapat keredaanNYA..ameen..


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011



ANTARA gelagat Pelajar-pelajar Tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR, di Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya, yang bermula hari ini di seluruh negara

Sunday, September 11, 2011

HIGHLIGHT- Manchester United VS Bolton


jom tengok macam mana Manchester United menewaskan Bolton

5-0 tu hehehe..


Friday, September 9, 2011

Tazkirah Jumaat


jom tengok video tazkirah pilihan minggu ini...

sapa yang melihat pasti tersenyum walaupun xpaham hehehe...





p/s: sape2 yg xphm leh r ajak member2 yg jaWORLD time tgk video ni hehehe

Sepakan Penalti Terhebat Abad ini...


jom tengok sepakan penalti terhebat abad ini hahaha


MUSLIMEEN-United kembali...


salam..blog popular Muslimeen-United sudah kembali...

dari maklumat yang diberikan..blog ni dtutup sementara beberapa bulan lepas akibat tekanan pihak atasan..

Pihak atasan?? sapa tu??....

mm..orang2 yang xpuas hati dengan pendedahan yang tepat diberikan oleh Muslimeen-United...

aku suka blog ni sebab bila baca maklumat2 dari blog ni membantu minda aku untuk lebih terbuka...

kadang2 kita xboleh hanya membaca berita2 di akhbar sahaja..media2 alternatif seperti blog2 yang bagus macam ni boleh membantu kita agar xTERTIPU...


p/s: 2nd blog aku paling suke g...MiloSuam

Thursday, September 8, 2011

MINGGU HALUAN SISWA Universiti Malaya 2011


Fauzi Hashim

Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa ahli keluarga telah pun tiba di Universiti Malaya untuk menghantar dua anak saudara yang baru mendaftarkan diri di Kolej Kediaman Keempat dan Kolej Kediaman Dua Belas.

Kami datang jauh dari Kedah dan berasa amat bangga melihat ramai daripada ahli keluarga kami menuntut ilmu di ‘universiti terbaik’ negara saban tahun.

Saya sendiri pernah belajar di UM pada sesi 1998-2000 dan ada dua orang lagi ahli keluarga saya pernah belajar di sana sebelum ini.

Dan atas sebab itulah saya ingin menghantar sendiri anak saudara masuk UM untuk mengimbau kembali kenangan di universiti tertua itu.

Tiba semalam, semuanya berjalan lancar, sambutan juga amat meriah bermula dari luar pintu pagar utama lagi (jalan ke Kuala Lumpur) oleh sekumpulan anak muda yang apabila ditanya merupakan barisan kepimpinan PMIUM.

Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata. Kegembiraan menghantar mereka bertukar kelam.

Semalam, abang saya (ayah kepada anak saudara di Kolej Empat) ingin menghubunginya malam semalam, tetapi panggilan tidak diangkat dan kerisauan mula timbul kerana terdapat ahli keluarga kami yang sakit tiba-tiba.

Dan tengah malam semalam barulah dia hubungi kami dan memberitahu ‘handset telah dirampas’ dan tidak dibenarkan guna sepanjang MHS berlangsung. Sedangkan bagi saya, keperluan ibu bapa untuk pantau dan bertanyakan khabar anak-anak mereka amat penting dalam minggu pertama di sesebuah universiti.

Tetapi, anak saudara saya tu ‘bijak’ dengan menyimpan sebuah lagi handset dan menggunakannya untuk hubungi kami namun setelah memberitahu ingin mengambilnya pulang seketika, terdapat wakil PM (Pembantu Mahasiswa) tidak benarkan.

Katanya, “Nanti bila dah meninggal baru kami benarkan.“

Jawapan itu amat-amat membuatkan kami seluruh ahli keluarga sedih dan kecewa.

Dan setelah berbincang, kami akhirnya tidak jadi bawa dia pulang seketika melihatkan kepentingan dia di sana dua-tiga hari ini di UM.

Ada satu lagi berita yang kurang baik diceritakan oleh anak saudara saya iaitu berkenaan dengan solat yang tidak dititiberatkan ketika MHS.

Semalam, katanya rakannya di Kolej Kediaman Ketiga tidak sempat solat Asar kerana tergesa-gesa berkejar ingin ke Dewan Tunku Canselor UM untuk aktiviti pada jam 5 dan berakhir jam 7.15 petang.

Dan bukan itu sahaja, malah Pembantu Mahasiswa (kami dulu panggil PP) seolah-olah tersenyum jer mendengar luahan pelajar baru untuk meminta kebenaran solat.

Minta semua yang baca ni ambik cakna.

Inikah yang digelar universiti terbaik negara? Apa sebenarnya yang ingin ditekankan dalam minggu orientasi UM nie? Dan siapa yang ingin bertanggungjawab atas semua ini?

Sekadar berada dalam tentatif program semua waktu solat tidak jamin pelaksanaanya.

Saya mohon pentadbiran UM ambil serius akan hal ini dan bukan sekadar ingin berseronok ketika sambutan pelajar baru berlangsung.

Saya memang amat-amat terkejut dengan perubahan ketara yang berlaku berbanding zaman saya belajar.

Fauzi Hashim

Pokok Sena, Kedah


p/s: mmm...dunia..dunia..

Puasa Sunat Enam Syawal



http://ustazazhar.net/v01/

Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan.

Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]

Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.

Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

CUT TARI Meninggal DUNIA??



salam..semalam kecoh 1Indonesia dgn kabar Cut Tari meninggal dunia...

berita ini telah tersebar melalui twitter dan melalui penyebaran msj berantai...

Betul ke berita ni?

Namun begitu berita ini hanyalah khabar angin sahaja..

pengurus Cut Tari telah mengesahkan bahawa Cut Tari berada dalam keadaan sihat dan berita yang tersebar adalah tidak benar....

Wednesday, September 7, 2011

Promosi Hebat Pizza Hut


Berita Gembira kepada semua...

pizza hut membuat promosi dengan harga terendah...

promosi ini berlangsung dari 7-9 September 2011


klik bawah ni untuk mendapatkan kupon free:

promosi 7 September

promosi 8 September


promosi 9 september

Video Panas 2011: Bahaya Makan Di Restoran


salam..sekarang ni memang bahaya ada kat mana2...

kat video bawah ni korang leh tengok bahaya yang bakal korang dapat kalo asyk makan kan luar je....




so, pengajaran nya..rajin2 lah masak kat umh ae hehee..
(=^_^=)

EURO 2012- Keputusan Perlawanan (6/9/2011)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...